And if you are in doubt about what We have send down upon Our Servant (Muhammad), then produce a surah the like thereof and call upon your witnesses other than Allah,if you should be truthful.
[2:23]
-
بسم الله
اللهم صلي على محمد
korang dah tengok filem desolasi?
rumusan: desolasi ni mengisahkan kisah seorang pemuda namanya Aiman. Dia memang bernasib malang dari kecik lagi. Fikiran lain dari budak budak biasa. Dia saja kaler pokok masa sekolah rendah kaler biru untuk challenge cikgu dia kenapa pokok mesti kaler hijau.
Bila dia besar sikit dia masuk dalam bidang seni dan minat melukis, tapi bos dia tutup galeri so dia takde tempat nak melukis dan dia jadi papa. Kawan dia ajak join insuran, tapi syarikat yg dia join tu cooperate dengan sindiket dan dia ditipu. Pelanggan yang geram pun cari dia dan pukul kepala dia.
Bila dia sedar je, dia ada kat rumah. Dia keluar dan naik motor dia untuk find out semua orang dah takde. Ya aku sangat takjub macamana diorang edit sampai kosong bandaraya KL tu tapi dia yang selalu merungut kat tuhan dan tak bergantung sepenuhnya mula rasa seronok.
Sekejap pakai Ferrari, sekejap pakai Lamborghini. Petang pergi bom Bukit Aman, bom parlimen. tapi lama-lama dia mula rasa keseorangan. Ya, tulah desolasi. Rasa keseorangan.
haha rasanya tak payah la aku nak habiskan rumusan ni, tengok sendiri la. worth watching.
Tapi aku nak highlight part where dia mula hilang kebergantungan kat tuhan. Dia mula ragu dengan kerja tuhan, ayat tuhan. Dia taknak solat sebab bagi dia solat tu tak mengubah apa-apa.
Ayat kat atas tu nak cerita, walaupun nampak macam takde kena mengena tapi nak cakap, kita ni seteruk manapun, sesakit manapun, sesusah manapun, jangan pernah ragu dengan kerja tuhan apatah lagi ayat tuhan. Kalau kita rasa boleh bawak satu ajaran yang lebih baik dari tuhan, silakan. Allah cabar buatlah satu ayat, satu surah, satu syariat atau satu hukum dan akidah yang selain dari Dia. Dia nak tengok hang survive ka dak dengan akidah hang tu
dan berpegang teguhlah dengan tali Allah, dan janganlah kamu berpecah belah
[3:103]
-Agar hidup, dalam rahmat tuhan :)
No comments:
Post a Comment