Terlalu rindu
Jujur aku terlalu rindu
Tiada lain selain rindu
kekasih?
tidak, jawapannya -
masyarakat.
--
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
limpahkan selawat dan salam kita terhadap junjungan besar Muhammad S.A.W. Moga di akhirat kelak kita beroleh syafaat baginda. Amin
--
jujur aku rindu kita yang dulu. Aku selalu teringat waktu kecil apatah lagi bila afiq suka bukak argument-argument legend beliau. Buka saja topik lejen, pasti tak terlepas dari zaman kanak-kanak bebas gajet dan jajahan pemikiran.
Aku tak nafikan betapa teknologi memainkan peranan besar dalam dunia moden, namun aku menafikan bahawa teknologi adalah segalanya. Apa yang aku dapat lihat, masyarakat kini hilang identiti diri dan mensubstitutekan budaya lain dalam diri. Cukuplah korang tengok sendiri dalam kaum keluarga sendiri. Misalnya, kita bagi 4 jam untuk bersosial. Aku boleh jamin 3/4 jam tersebut akan digunakan untuk menghadap gajet.
Sahabat, kita sekarang duduk dalam satu zaman penjajahan. Mungkin korang boleh pertikai dengan mengatakan kita masih aman, masih mampu berjalan dan bergelak ketawa. namun perlu aku ingatkan penjajahan itu bukan dalam bentuk fizikal, tetapi dalam bentuk spiritual. Penjajahan yang aku maksudkan bukan main-main, tetapi penjajahan roh .
Kalau diteliti, rasulullah berdakwah, untuk membersihkan roh, kemudian barulah fizikal. 10 tahun berdakwah secara senyap, bukan tanda takut akan ancaman, tetapi perkara pertama dalam dakwah adalah membetulkan roh dan sikap. justeru apabila roh para sahabat telah diisi dengan keimanan, barulah diperintahkan agar baginda berdakwah secara jahar.
ini menunjukkan bahawa roh itu merupakan pusat segala-galanya. Jika nanti hendak dimasukkan ke syurga atau neraka sekalipun, yang dinilai adalah kualiti roh dan bukannya kualiti fizikal. Setiap kita perlu faham hakikat ini, kerana kita hidup untuk akhirat, justeru setiap perbuatan kita perlu dipaksikan kepada akhirat dan tuhan.
Namun seperti yang aku sebutkan tadi, barat tahu kekuatan dakwah rasulullah itu pada kekuatan roh. Maka mereka telah menguatkan roh mereka terlebih dahulu. Jika kita menyembah tuhan, maka mereka menyembah syaitan. Apabila roh mereka kuat, maka mereka mula masuk mencucuk ke dalam sanubari umat islam. zaman kebangkitan mereka jika kita teliti bukan sahaja mengaut hasil dan harta, namun menghancurkan roh umat islam. Kristianisasi? benar, namun bukan memaksa umat islam memeluk kristian, tetapi mengkristiankan islam itu sendiri.
Hakikatnya, mereka berjaya.
Kamu tengoklah di sekeliling kamu, tengoklah bangsa melayu yang kamu perjuangkan selama ini, Aku mahu kamu cari melayu itu kini. Aku percaya kamu takkan jumpa, kerana melayu itu telah hilang.
Sebab tu, aku katakan aku rindu masyarakat. Aku rindukan masyarakat yang main bola sama-sama. Aku rindukan masyarakat yang race basikal sama-sama, jatuh luka berdarah pun sama-sama. Aku rindukan masyarakat yang main batu seremban, tingting dan galah panjang sama-sama.
Intipati aku bukanlah permainan, namun roh masyarakat yang bersama-sama,
dan aku tak mahu rindu itu sekadar rindu. Aku ajak korang semua untuk revise balik di mana silap kita, apa yang menghancurkan masyarakat kita. Bangun dan bina masyarakat itu kembali. Bina roh itu kembali. Bina islam itu kembali,
-Agar hidup, dalam rahmat tuhan :)

No comments:
Post a Comment