Wednesday, 1 June 2016

Taklif wa Ta'lim

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

اللهم صلي على محمد 

Aku suka membaca kerana bagi aku membaca tu merupakan sumber utama untuk keilmuan. Mungkin juga boleh menjadi sebab mengapa aku kurang suka mengira, sebab bagi aku pengiraan memerlukan penggunaan logik yang sangat tinggi dan jawapannya hanya satu. Jika salah maka salah. Mana mungkin jalan kira salah tapi jawapan betul. Ini menjadikan aku kurang gemar mengira.

إقرأ

itulah kalimah yang telah menggegarkan seluruh dunia . Mana tidak, menggeletar nabi menerima ayat itu dan berlari ke pangkuan Khadijah. Persoalannya, kenapa membaca?

Bayangkanlah, wahyu dari tuhan kepada Rasul terdahulu semuanya lebih kurang sama. banyak ayat dalam Al-Quran menceritakan seruan nabi berdahulu dengan satu ayat yang sama,

واعبدوا الله و لا تشركوا به شيا

(4:36)

maknanya, Allah mewahyukan kepada rasul terdahulu dengan seruan tauhid. tetapi kenapa kepada Muhammad, Allah suruh membaca?

kerana pada akhir zaman, ilmu itu menjadi kepentingan.

Malah ilmu itu menjadi keutamaan untuk mentauhidkan Allah. dengan ilmulah kita mengenal kalimat, dengan ilmulah kita akan mengenal Allah, oleh itu, Allah meletakkan perkataan فأعلم yang bermaksud, ketahuilah dan barulah Allah letakkan seruan tauhid لا إله إلا الله dan dituruti dengan seruan syariat iaitu و إستغفر.
(47:19)

oleh kerana itu, perlulah kita menuntut ilmu selari dengan tuntutan yang dibawa oleh Rasulullah dan diamalkan sendiri oleh Rasulullah dengan dakwah secara senyap kerana baginda ingin menerapkan ilmu terlebih dahulu. Hal ini penting untuk kita fahami.

namun kini, ramai yang membahaskan tentang ulama dan umara'. 

 Ulama adalah bentuk jamak dari kata ‘aalim. ‘Aalim adalah isim fail dari kata dasar:’ilmu. Jadi ‘aalim adalah orang yang berilmu. Dan ‘ulama adalah orang-orang yang punya ilmu.

Umara, bentuk jamak dari kata amir, artinya pemimpin, penguasa. Kosakata amir sepadan dengan ulul amri dalam Al-Qur'an yang artinya orang yang mempunyai pengaruh, kekuasan; orang yang memangku urusan rakyat; penguasa. 

Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kebergantungan antara satu sama lain. Allah kata dalam Quran bahawa orang yang benar-benar takut kepada Allah hanyalah ulama', orang yang mempunyai pengetahuan tentang kekuasaan Allah, maka dia takut kepada Allah. (35:28)

Namun tidak dinafikan bahawa darjat pemimpin juga diangkat dalam Quran dengan perintah untuk mentaati pemimpin selepas Allah dan Rasul (4:59).

dan tidak juga dinafikan nabi memberikan amaran kepada golongan ulama dengan qaul baginda,  Barangsiapa yang bertambah ilmunya tapi tidak bertambah hidayahnya, maka dia tidak bertambah dekat kepada Allah melainkan bertambah jauh“ 

dan umum mengetahui menjadi pemimpin merupakan sesuatu yang sangat berisiko, tidak di dunia, namun di akhirat kelak. Pemimpin itu perlu adil dan benar, melawan hawa nafsu kerana pemimpin amat mudah ikut hawa nafsu dan Allah menyediakan seksaan yang kaw kepada pemimpin yang sesat (36:26)

dan aku takut menyedari hakikat bahawa aku adalah kedua-duanya. 

Orang menyatakan seronok mempunyai tinggi ilmu, orang menyatakan bahawa seronok jadi orang atas. Nama menjadi sebutan, jadi berilmu pula, menjadi sebutan. Aku juga hampir masuk ke lembah keseronokan tersebut namun tuhan selamatkan aku.

Menjadi ulama atau berilmu bukan suatu keseronokan, melainkan Allah mempertanggungjawabkan kepada kita suatu bebanan yang berat, yang Allah akan tanya di akhirat kelak (2:143)

dan aku takut menjadi pemimpin atas dasar kekurangan diri, dan aku tak mahu menjadi pe'realisasi' hadis nabi tentang pemimpin akhir zaman yang 'buat kepala' sendiri dalam hal agama Allah.

Dijelaskan dalam hadits dari ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ash Radhiyallahu anhuma, beliau berkata, “Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
إِنَّ اللهَ لاَ يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنَ الْعِبَادِ، وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّـى إِذَا لَمْ يَبْقَ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالاً فَسُئِلُوا، فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا.
‘Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu sekaligus dari para hamba, akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan mewafatkan para ulama, sehingga ketika tidak tersisa lagi seorang alim, maka manusia akan menjadikan orang-orang bodoh sebagai pemimpin, lalu mereka ditanya, kemudian mereka akan memberikan fatwa tanpa ilmu, maka mereka sesat lagi menyesatkan orang lain.’
Aku berlindung dari Allah atas apa yang aku kerjakan. 
---
Menjadi ulama itu suatu kemestian. Ulama merupakan tunjang islam selama ribuan tahun dan kini Allah sedang menarik seorang demi seorang ulama dari dunia. Maka menjadi tanggungjawab setiap muslim untuk menuntut ilmu dan menaikkan Islam itu sendiri.

Menjadi umara bukan mudah malah bagiku tiada sebarang kebanggaan menjadi seorang pemimpin. Apa yang aku minta, tegurlah para pemimpin. Jangan biarkan mereka tersesat. Jangan biarkan mereka jauh dari dustur ilahi. 

تكليف ليس تشرف
تعليم ليس تخفيم

-Agar hidup, dalam rahmat tuhan :)


No comments:

Post a Comment