Saturday, 27 June 2015

Isu

" Ya Allah panjangnya beratur, ni kalau tengok taraf panjang ni mau esok baru boleh bayar ni. Dahla barang aku banyak" omel Syu dalam hati

Setelah hampir 10 minit menunggu, giliran dia pun sampai. Satu demi satu barang diletakkan ke kaunter pembayaran. Air, kurma, biskut dan banyak lagi barang yang dibeli, stok sebulan kot.

"Cekap betul akak ni buat kerja. Laju, senyum pun tak macam robot." monolong. 

Kagum

Selesai pembayaran, ketika bersedia untuk menolak troli pulang, tiba-tiba dia terdengar ucapan 'terima kasih. sila datang lagi'

Terkejut

Ucapan itu datangnya dari mesin yang di-set-kan untuk berbuat demikian. Syu terpana. Tidak disangka ada perkara sebegitu di pasaraya ini.

Senyum

"Terima kasih cik perakam suara!" 

Heh

------

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Jom, sama-sama kita selawat kat Nabi Muhammad S.A.W dan seluruh keluarga baginda. Moga-moga kita dapat syafaat baginda kat akhirat nanti. Insha allah Amin.

اللهم صلى على زين الانبيا

------

Petikan membincangkan isu-isu keruntuhan adab sopan santun dalam kalangan masyarakat sejak akhir-akhir ini.

Entri ni bukanlah rumusan karangan bahasa melayu SPM kertas satu mahupun latihan kerja rumah yang bertimbun tak disiapkan lagi, tapi entri ni adalah untuk kita sembang sedikit sebanyak perkara yang merisaukan aku, yang mana sekarang tengah berleluasa berlaku dalam kalangan masyarakat kita sejak akhir ni.

heh

Apa yang aku perasan, masyarakat malaysia umumnya dan melayu khususnya semakin hilang adab sopan santun. Kisah tentang Syu yang aku ceritakan kat atas tadi adalah salah satu contoh. 

Kita manusia, yang tuhan bagi akal dan hati, yang mak ayah kita dah didik sejak kecik untuk jaga adab, walaupun sekecik-kecik perkara macam 'terima kasih' dan 'mintak maaf', tapi sedar ke tak kita selalu pilih untuk bermasam muka dan menjadi 'robot' yang hanya tahu bergerak tanpa ada rasa hati.

Ironinya, ketika manusia sedang berlumba-lumba menjadi robot, robot sedang bergerak maju kehadapan dan mengambil alih tugas manusia. 

Heh 

Kita mungkin tak sedar bahawa kita ni adalah manusia yang terpilih, yang tuhan dah kata aku akan jadikan manusia ni khalifah. Khalifah apa? Khalifah yang memerintah, dengan adab sopan dan kemajuan pemikiran, bukannya ikut stereotaip masyarakat yang menuju ke arah ke-robot-an dan hilang tatasulsila sebagai manusia.

Aku bukanlah nak kata semua orang melayu hilang adab, tapi aku tak jugak nak nafikan banyak antara kita yang dah tak hirau adab tatasusila. Tengok jelah, 

berapa ramai orang melayu yang lagi kenal G-Dragon dari Maududi.

 Berapa ramai yang lagi hafal lirik lagu dari hafal hadis nabi.

Berapa ramai yang berpusu-pusu kejar PHd tapi taktahu pun baca lima ayat first Suratul Baqarah


------

Aku cuma nak kata yang kita sebagai orang melayu, perlu lebih kenal 'melayu' itu sendiri. Kita kena cari balik dan belajar tentang bangsa kita yang dulu hebat dan dikenali

Lingua Franca

Peneroka dunia

Semenanjung emas

Kita boleh capai balik kehebatan tu, tapi dengan satu syarat. 

Akhlak

Semua yang kita nak jadi, semua yang kita nak capai , Semuanya bermula dengan akhlak yang bersih, dari hati yang bersih, kepada perilaku yang suci lagi murni

Bersih hati?

Ubat hati itu lima perkaranya.
 Yang pertama baca Quran dan maknanya.
 Yang kedua, solat malam dirikanlah.
Yang ketiga, berkumpullah dengan orang-orang soleh.
Yang keempat, perbanyaklah berpuasa
Yang kelima zikir malam berpanjangan
Salah satunya
Siapa bisa menjalani
Nescaya
Allah akan mencukupinya

-Ibrahim Al-Khawas-

Biiznillah

------

Kau tahu
Aku tak pernah kenal seseorang sepertinya
Yang aku tahu
Dia seorang yang biasa-biasa
Aku kenal dia di alam maya
Bersembang
Bercerita
Berkongsi bicara
Tapi tak pernah berjumpa
Satu hari
Aku perasan satu perkara
Aku mula jatuh suka
Aku beritahu padanya
Dia juga bercerita
Bahwa dia juga suka
Aku gembira
Tidak berapa lama
Aku mula sedar
Jauh suka ini
Dari rahmat ilahi
Aku terpana
Tak kuketahui
Bagaimana
harus ku ceritakan padanya
Aku beranikan diri
Aku tahu dia sedih
Aku tahu dia berduka
Namun aku tahu
Aku bukan yang terbaik
Bukan yang layak
Untuk memimpinnya
Aku doakan
Agar dia sentiasa bahagia
Jika bukan denganku
Dengan pelindungnya
Yang di tetapkan
Oleh tuhannya

-Agar hidup, dalam rahmat tuhan :)

------

Kopi rasa hangus
Mandi dengan pasir
Tidur mata undertaker
Baring atas duri
Buku habis nikmat
Drama macam haram
Angin sudah mati
Baju tak gosok
Lagu hilang seri
Puisi lancar tidak

Celaka senyuman itu
Serabut jantung aku
(nd.)

------
K
"Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah. Ya Allah, kau jadikanlah aku dalam kalangan orang-orang yang bertaubat, dan jadikanlah aku dalam kalangan orang-orang yang bersih, dan jadikanlah juga aku dari kalangan hamba-hambamu yang soleh"





Friday, 19 June 2015

Kecil

"Aduh, macam mana aku nak keluar ni. Semua orang dah balik kot" omel Azli dalam hati.
Tadi sedang dia sibuk menyusun barang dalam stor, tiba-tiba ada orang mengunci pintu. Mungkin orang tu ingat dia yang last kat pejabat tu. Jadi dia pun kunci la pintu. 
--

"dah empat jam kut aku dalam ni. Mustahil orang sedar ada lagi orang yang tinggal kat pejabat ni. Telefon pulak tertinggal kat meja. apalah dosa aku sampai jadi macam ni. Allahu" Azli dah pening

Sedang dia terduduk sandar kekecewaan, tiba-tiba dia terdengar bunyi kunci pintu dibuka. Azli mula lihat sinar harapan untuk dia keluar dari situ.

"Encik Azli?" Sapa pengawal

"Ya saya lah ni bang. Terima kasih sangat-sangat sebab tolong saya. Kalau tak saya taktahu la apa jadi kat saya tadi. Maybe sampai ke pagi agaknya mereput dalam tu. haha" Azli kelihatan lega

"Takde apa lah encik, dah jadi tugas saya pun kan. Nama pun pengawal haha " balas pengawal sambil tersenyum

"Cuma saya ada satu soalan. Macam mana abang tau saya terkunci kat dalam ni. Saya rasa takda siapa pun yang sedar saya kat sini kan? " tanya Azli

"Sebenarnya saya dah lama sedar. Hanya encik sorang sahaja yang ucap 'selamat pagi' ketika encik datang dan 'selamat tinggal' tika encik balik. Jadi saya dah biasa dengar benda tu tiap-tiap hari. Tapi hari ini saya rasa pelik pulak sebab tak dapat lagi 'selamat tinggal' encik. Jadi saya pun tahu ada yang tak kena. Tu yang saya datang ni" balas sang pengawal

Azli tergamam. Tak sangka selama ni sapaan sekadar berbasa basi itu, yang hanya menjadi pemanis mulut diambil berat oleh seorang pengawal. 

Azli tersenyum 

---

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Jom sama-sama kita selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W serta seluruh sahabat baginda sekalian. Moga-moga kita bersama mereka di akhirat kelak. Amin

  اللهم صلى على سيدنا محمد

Sabda junjungan besar: " Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan(supaya diampunkan dosa), maka akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu" (Riwayat Syeikhani)

Sedar tak sedar kita dah pun dua hari dalam bulan Ramadhan, bulan seribu rahmat. Yang didalamnya ada rahmat dan pengampunan. Jujur aku semangat gila ramadhan kali ni sebab ni merupakan ramadhan pertama aku di Gopeng dan ramadhan pertama aku sebagai orang yang boleh beza mana pahala mana dosa. Tahun lepas pun main-main lagi . haha

Aku sebenarnya dah setup target ramadhan kali ni, sebab bagi aku biarlah kita buat something tu ada objektif ye dak. Kalu takda objektif nak buat apa pun rasa macam takda tujuan. Jadi target aku adalah seperti berikut:

-Khatam paling kurang sekali
-Mathurat pagi dan petang
-Tinggal mencarut
-Qiam paling kurang 10 kali
-Taknak membazir
-Ajak orang lain sama :)

I really hope that ramdhan kali ni boleh bawa perubahan kat aku yang banyak gila dosa ni. Doakan sama-sama agar ramadhan kita diterima oleh Allah hendaknya. Amin :)

--

Rasulullah ada sebut : " Jangan meremehkan sesuatu kebaikan, walaupun sekadar menyambut saudaramu dengan muka yang manis" (Riwayat Muslim)

Cerita ringkas yang aku tulis kat atas tadi, aku harap korang faham apa yang aku cuba sampaikan. My point of saying here is simple; jangan anggap benda kebaikan yang kita buat tu, walaupun sekadar senyum dan 'hai' sebagai benda yang kecil .

Macam hadis tu, walaupun sekadar senyum, jangan kita kecilkan. Sebab mana tau yang kecil tu la yang memberatkan timbangan kita kat akhirat nanti. Aku nak kata benda ni sebab aku tengok ramai sangat orang kita sekarang, bila tibanya ramadhan, dia pulun amal macam tiada hari esok(?) . 
  
Sindrom yang aku gelarkan sebagai 'hamba ramadhan' ataupun 'hamba bulan' ni bagi aku amatlah tidak elok. Bukanla maksud aku tak payah pulun bulan ramadhan ni, cuma aku nak kata jangan jadi hamba ramadhan. Macam mana yang dikatakan sebagai hamba ramadhan tu?

Hamba ramadhan ni maksud dia ialah dia pulun amal sungguh-sungguh pada certain-certain bulan, tapi bila dah habis bulan tu, dia jadi biasa-biasa balik. haa tu yang bahaya. Nak pulun tak apa, tapi lepas habis bulan ramadhan, dia dah tak pulun dah. Kalau bulan Ramadhan dia qiam tiap-tiap hari, bila dah habis ramadhan dia dah tak qiam dah.

heh

Aku harap sikit apa yang aku share ni, ambik la kalau tak dapat sikit, banyak pun jadilah. eh haha 

-Agar hidup, dalam rahmat tuhan :)

--

"Kindness is the language which the blind can see and the deaf can hear"
- Mark Twain -


 
 
 

Friday, 12 June 2015

Hedonisme


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Aku nak ajak korang jom sama-sama kita selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W  
serta ahli keluarga baginda sekaliannya. Moga kita dikurniakan syafaat baginda di akhirat kelak

اللهم صلى على خير الانام

----------
Aku dan kita semua tahu bahawa perkara pertama yang kita dengar time kita beranak dulu is azan. Aku taktahu pulak kalau ada non-muslim yang baca post aku tapi we muslim must be azan right after we're born. Dan tanpa kita sedar sebenarnya kita membesar dengan suara azan dan alunan ayat suci Al-quran. Kalau anak-anak yang lahir tahun 2010 ke atas akan mula didendangkan dengan alunan selawat dan qasidah. Ini semua atas izin Allah. Alhamdulillah

Namun bila usia aku menginjak ke darjah dua, aku mula dengar dan layan lagu-lagu atas sebab kakak dan abang aku bahkan ayah aku pun layan lagu. So bukan salah aku lah kan. ehe. Aku ingat lagi lagu hit dulu-dulu macam asarehey, kalau korang pernah dengar la lagu tu.

dan bila aku darjah empat, aku mula dengar lagu-lagu hit masa tu macam westlife. Bukan nak bukak aib tapi aku ingat lagi masa tu aku memang minat gila kat westlife. Aku siap beli album Coast to Coast (2000). Punya nak kata minat nya lah kat westlife tu. Siap buat rambut belah tengah macam Kian Egan. Punya nak kata minat la kat boyband tu. Kenangan waktu tu memang memorable sebab tu merupakan kumpulan first yang aku minat. haha
Jodoh aku dengan Westlife tak lama. Years gone aku dah mula layan lagu keras sikit takda yang lembut macam boyband dah. Aku dah mula layan lagu pelbagai genre macam la camisa negra yang agak popular kat malaysia satu ketika dulu. Selain tu, aku juga dah mula layan nasyid pengaruh daripada abang aku yang memang minat nasyid. Inteam, Raihan, UNIC dengan brothers tu dulu menjadi halwa telinga aku. Selain tu, aku juga dah mula layan lagu-lagu indie yang mana lagu indie ni bagi aku revolusi muzik malaysia satu ketika dulu. Aku masih ingat dan layan sampai la hari ini band-band macam bittersweet , flop poppy, hujan dan aku mula kenal banyak band legend underground tanah air macam Butterfingers. 
Satu hari, aku dengan abang aku tengah duduk dalam kereta dalam perjalanan nak balik ke rumah. masa tu sekolah rendah, aku rasa dalam darjah enam kut. Ataupun darjah lima. Tiba-tiba lagu kat radio main satu lagu lama, tapi bagi aku sangat baik dan sangat menarik hati aku, dan tak ketinggalan abang aku.
"Mak ni lagu apa ni?" acik tanya
"Ni, the beatles. lagu zaman 60-an" jawab mak dengan relaksnya

Ringo.George.John.Mccartney


Acik pun balik rumah dan mula research pasal The Beatles. Jarang bagi aku untuk dapat terima satu band yang aku boleh layan semua lagu dia. Ya, semua. Sebab bagi aku beatles ni bawak satu revolusi baru dalam muzik. Dan sejujurnya aku masih minat the beatles sampai sekarang. Lagu-lagu phenomenal macam let it be, i wanna hold your hand dengan hey jude tu memang lah taktau nak kata apa tahap legend dia. Dan bagi aku, pecahnya mereka ni ada sikit kesedihan. Heh manusia, mujahid palestin syahid tak rasa apa, paul walker mati menangis macam dia masuk syurga.

Itu kisah aku dengan muzik, aku sekarang pun masih layan lagi banyak band dan lagu baru macam ed sheeran, imagine dragons dan  tak kurang jugak lagu melayu macam lah ahmad, ebeit g ade dengan m nasir , too phat .


source:meetville.com

Apa tujuan aku cerita semua benda ni. Kalau ikut kata budak agama, lagha belaka. Namun main point aku kat sini bukan pasal lagu. Aku nak berbalik pada intro entri tadi. Ya, Azan, Al-Quran dan zikir.


Sedar atau tidak betapa masa yang kita hidup di dunia ni semakin lama semakin singkat. Bukanlah aku nak kata tak boleh dengar lagu ke apa tapi aku nak tekankan kat sini kita terlalu banyak sangat buat benda lagha dari benda ukhrawi. ehe lagha tu sia-sia. Aku tak nafikan ada lagu yang baik dan boleh dijadikan panduan dalam hidup. Tapi kalau sampai sia-sia dan sampai satu saat meninggalkan suruhan tuhan untuk konsert dan nyanyian apatah lagi dalam tempat yang bercampur lelaki perempuan, itu bukan lagi hiburan menurut syariat islam.
Aku jujur, aku juga layan lagu rock metal, trash metal, rock kapak bahkan dari band-band syaitan macam led zeppelin. Aku juga layan hiburan lain macam lawak dan prank serta yang sekepala dengannya, namun ada batasnya, ada sunnahnya.

Pada suatu ketika Rasulullah S.A.W mengunjungi Nu'aiman yang sedang sakit mata. Rasul melihat dia sedang asyik makan kurma. Baginda kemudian mengajukan pertanyaan kepadanya : "Bolehkah kamu makan kurma, sedangkan matamu sedang sakit?" Nu'aiman menjawab : " Saya makan menggunakan mata yang satu lagi". Mendengar jawapan Nu'aiman ini, Rasul tertawa sehingga kelihatan gigi gerahamnya.


Tengok, tiada masalah untuk tertawa dan bergembira, tapi pastikan ada batasnya.Aku melahirkan perasaan bimbang dan takut bila aku tengok bangsa melayu aku sendiri semakin hari semakin parah 'hedonisme'nya. Hedonisme ni adalah budaya berhibur secara berlebihan. Aku jujur, aku nak maksudkan kat sini adalah kpop, budaya yang paling parah aku tengok makin berleluasa. Aku juga nak jujur bahawa aku juga layan kpop macam bigbang, runningman, taeyang dan sebagainya, tambahan lagi, kawan aku kat igop semua kaki kpop belaka. Tak salah, tapi bila melebihkan kpop hingga syariat terabai, itu bukan lagi masalah, itu bala.


Aku nak ajak korang sama-sama kita tengok balik diri kita. adakah frasa Hedonisme really hits malaysia hard itu kita, ataupun tidak. Aku takut bila hedonisme ini berlarutan, kita makin jauh dengan tuhan. Aku bukan nak busybody suruh korang jangan minat sekian sekian band atau genre, tapi aku mintak korang kawal dan cuba perbaiki dengan yang lebih baik. Tambah lagi kita taktahu, dan kita takut sebab sedikit hedonisme yang kita 'hayati', elok-elok kita nak duduk bawah panji nabi, tiba-tiba kita terjunam ke neraka jahannam. wa nauzu billah.


Apa yang aku tulis ni, aku mohon ampun dari Allah dan aku mohon ampun untuk korang jugak atas dosa kita yang memang banyak dan tak terkira banyaknya, namun ingat , Allah tu maha penerima taubat. Taubatlah selagi mampu and remember, tak pernah terlewat untuk kita bertaubat dan kembali kepada jalanNya.

- Agar hidup, dalam rahmat tuhan :)








Thursday, 11 June 2015

Muhammad

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Segala puji bagi Allah. Tuhan Yang maha mengasihi lagi maha menerima taubat. Aku ajak korang jom sama sama kita limpahkan selawat ke atas nabi Muhammad dan keluarga baginda bersempena dengan hari jumaat yang mulia ni.

صلى الله على محمد

----------

Waktu aku kecik dulu, ayah aku selalu pesan dan sebenarnya sampai sekarang pun dia still pesan, satu pesanan dan tidak berubah, jangan tinggal solat. Mudah namun entah berapa kali aku dah langgar pesan itu. Moga Allah ampuni aku. Sehingga la sekarang aku masih lagi pegang pesan ni dan alhamdulillah dengan bersekolahnya aku di sekolah asrama, bab-bab solat ni terjaga.

Namun bila solat dah terjaga, ada satu lagi perkara yang aku sering leka.

Berpeganglah kamu kepada dua perkara nescaya kamu takkan sesat selama-lamanya; Al-quran dan sunnahku.
(Riwayat bukhari dan muslim)

Masa aku kat izzuddin dulu, khususnya ketika form 2, malaysia dilanda satu wabak yang sangat popular dan masih lagi hangat sampailah sekarang. Nama wabak itu adalah selawat dan qasidah. Aku masih ingat ketika mula bergiat dalam industri, chewah, qasidah ini, memang sungguh aku terasa betul kecintaan tu kepada baginda.

MALANGNYA,
aku melihat slacknya mereka yang berdiri atas nama qasidah dan selawat ini sendiri yang bersikap kasar dan tidak langsung mengikut sunnah, termasuk diri aku sendiri. *nangis Bukanlah salah hendak berqasidah dan sebagainya, namun qasidah tu bak kata senior aku hanyalah wasilah atau cara sahaja untuk berdakwah, untuk menarik orang ke arah islam. Namun aku sedih bila sampai satu tahap orang yang berqasidah, kononnya mengasihi nabi, terabai solatnya, sunnah rasul mereka diketepikan, tidak beradab dengan orang tua, bongkak dan sombong, pantang ditegur tentang agama mereka melatah mengatakan aku lebih baik, kau diam.

Sungguh sebenarnya aku sedih melihatkan situasi ini. Aku sayangkan nabi, sejujurnya aku berqasidah seolah-olah nabi tu ada dengan aku. Rasa kehangatan cinta nabi tu ada, namun bila segelintir orang islam mula melebihkan qasidah melebihi islam, apa yang aku nak kata?

KORANG SEMBAH QASIDAH KE SEMBAH ALLAH?

Tujuan qasidah adalah untuk meningkatkan kecintaan kepada nabi dan cara kita nak ekspresikan betapa kita nak bersama nabi di akhirat kelak. Tapi kalau tak ikut sunnah baginda, bukan sayang namanya. Tambahan lagi berapa ramai yang berqasidah dan berselawat tapi tak faham pun apa yang diperkatakan. Jadi tanya balik kepada diri kita, betulkah aku cinta nabi?

Cinta Sebenar

Aku nak kongsikan pandangan aku tentang cinta nabi yang sebenar. Korang tau seorang sahabat namanya Saidina Aku Bakar As-Siddiq? Ya khalifah pertama umat islam. Sebagaimana yang kita tahu beliau merupakan orang yang berhijrah dengan nabi ke Madinah ketika peristiwa hijrah.

Ketika di dalam gua thur, Nabi yang ketika itu sedang berehat dengan berbaring di ribaan aku bakar. Tiba-tiba ada seekor kala jengking menyengat kaki abu bakar. Korang tau tak ni bukan sengatan lebah, kala jengking tau. Tapi apa respon abu bakar? Beliau sedaya upaya tahan sakit sampai mengalir air mata, supaya rasulullah tak terjaga dari tidur baginda.

heh

Mungkin ya, ada orang yang kata, nabi tak ada dengan kita jadi macam mana nak buat macam Abu bakar. Bang, cukuplah dengan kau ikut sunnah baginda, itu sudah cukup hebat. 

Aku tulis entri ni bukan nak bash orang qasidah dan selawat ke apa. Malah aku akui orang qasidah dan selawat ni biasanya akhlak terpuji . Namun aku takut, kita menyempitkan skop sayang nabi tu hanya pada qasidah dan selawat. Yang lebih buruk lagi adalah meninggalkan sunnah baginda yang ulung; Berdakwah dan sibuk berqasidah tak ingat dunia. 

Jadi aku nak ajak korang, kita sama-sama tingkatkan kecintaan kita kepada nabi dengan ikut sunnah baginda dan tinggalkan perkara bid'ah dholalah yang menyimpang dari ajaran islam. Banyakkan berselawat dan berqasidah supaya nanti di akhirat kelak, kita berada di bawah panji yang sama, panji Muhammad Rasulullah.

Aku nak share satu hadis yang kalau kita hayati, memang boleh menangis, ini tanda hebatnya umat muhammad di akhir zaman. Menunjukkan betapa nabi cita kepada kita.

Suatu ketika berkumpullah Nabi saw bersama sahabat-sahabatnya yang mulia. Di sana hadir pula sahabat paling setia, Abu Bakar ash-Shiddiq. Kemudian terucap dari mulut baginda yang sangat mulia: “Wahai Abu Bakar, aku begitu rindu hendak bertemu dengan ikhwanku (saudara-saudaraku).” 

Suasana di majlis itu hening sejenak. Semua yang hadir diam seolah sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi sayidina Abu Bakar, itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihinya melontarkan pengakuan demikian. “Apakah maksudmu berkata demikian, wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu?”Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mulai memenuhi fikiran. 

“Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku.” Suara Rasulullah bernada rendah. “Kami juga saudaramu, wahai Rasulullah,” kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.

 Kemudian Baginda bersabda, Saudara-saudaraku adalah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku dan mereka mencintai aku melebihi anak dan orang tua mereka. Mereka itu adalah saudara-saudaraku dan mereka bersama denganku. Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku dan beruntung juga mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku.” (Hadis Muslim).

Allahu. Nabi sayang kita. Moga kita juga sayang kepada nabi. Amin

-Agar hidup, dalam rahmat tuhan :)

---------------------------------------------------------------------


النبى صلوا عليه     صلوات الله عليه

وينال البركات       كل من صلى عليه








Tuesday, 9 June 2015

Buku

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم



Ya kita berjumpa lagi, kali ni aku nak bawa tajuk yang diminati perempuan, sebab aku tahu lelaki bukan jenis suka membaca kan. Jadi entri kali ni aku nak cakap pasal the-so-call-what-i-love-the-most. 

BUKU

Masa kecik dulu aku terkenal dengan seorang yang memang pemalas dan tak rajin(?) hendak menyentuh buku tambahan lagi novel dan apatah lagi buku agama. Namun mak dengan kakak aku sangat suka novel dan aku selalu terfikir apa yang menarik sangat dengan novel ni. Jadi satu hari pun aku cuba la baca, mencari apa yang menarik dalam novel.

Cuba teka?
Dalam aku ralit membaca novel tu, tiba-tiba aku terjumpa sang penulis bercakap pasal kereta. Ya, aku memang minat kereta masa tu. Aku masih ingat sang penulis mention kereta Nissan Skyline GTR. Wah, kagum sekejap, namun tiba-tiba emak panggil balik kerana masa tu aku dekat perpustakaan. Jadi aku pun letak balik novel tu dengan harapan esok nak datang lagi dan sambung baca. Yelah bukan senang nak jumpa novel sebut pasal kereta, kan. Jadi esoknya aku pun datang balik dan mula cari novel tu.

Allah. Aku terlupa aku letak kat mana. Aku pun cari dan cari dan terus mencari . Aku selak satu-satu nak cari balik buku tu dan aku jumpa banyak lagi benda yang menarik perhatian aku selain dari kereta. Jadi aku pun baca lah novel-novel yang ada sampai aku terlupa pada novel nissan tadi.

Itulah permulaannya aku mula membaca. Asalnya dari novel je. Aku mula kenal dan minat pada penulis-penulis novel yang terkenal dengan penerbitan Alaf 21. Ya, dulu mana ada fixi,terfaktab dan syarikat buku alternatif yang lain. Alaf 21 tu kira tengah top masa tu. Writers macam Lynn Dayana, Damya Hanna,Anis Ayuni,Aisya Sofea, penulis feveret aku, Meen Zulaikha dan ramai lagi nama besar Alaf 21 inspire aku untuk terus membaca dan tak heranlah bm upsr aku A hahahaha *riak .

Malah kebanyakan buku yang diadaptasi kepada drama semuanya aku dah baca seawal umur darjah 4 macam buku Kasih Yang Suci yang jadi drama Nora Elena pemangkin kepada adaptasi novel kepada drama masa tahun 2011 tu menjadi kegemaran aku. Buku lain macam teduhan kasih, bicara hati, adam dan hawa,dan novel all time feveret aku, tarikh luput cinta, yang aku harap ada lagi dengan aku *nangis semuanya aku dah hadap semasa aku kecik lagi. Semuanya bermula dengan satu sebab, aku nak cari balik buku yang ada pasal kereta tu. Malah sampai sekarang pun aku masih cari lagi buku tu dan kalau aku jumpa, aku nak ucap terima kasih kat buku tu sebab dah inspire aku untuk membaca sampai hari ni



BUKU ALTERNATIF

Sejak akhir-akhir ni aku tengok banyak remaja khususnya di asrama tempat aku belajar dah mula baca novel. Semuanya kerana buku alternatif ataupun aku panggil buku revolusi . Kemunculan syarikat-syarikat buku alternatif macam Buku Fixi, Terfaktab,Dubook Press dan Lejen Press bagi aku sangat membantu walaupun cerita yang terkandung bukanlah selera aku sebenarnya sebab bahasa dan jalan cerita yang bagi aku banyak mengarut dari realiti, namun kelantangan penulis menyatakan realiti masyarakat malaysia dan pemimpin negara yang semakin parah amat, amat aku hargai dan kagumi

Malah dalam tweet Inche Gabbana, dia pernah kata bahawa dia amat kagum dengan marketing yang dilakukan oleh buku fixi dan syarikat lainnya yang ternyata bagi aku amat hebat dan luar biasa. Tak silap aku syarikat-syarikat ni baru ditubuhkah dalam 4 tahun tapi kalau korang pergi MPH ke mana-mana kedai buku, maka korang akan perasan buku-buku alternatif ni lah yang jadi bestseller. Betul, Aku tak tipu. Dan aku kagum dengan mereka. Kipidap!

source: dhatieku.blogspot.com


AGAMA

Other than that, aku juga perasan satu trend baru kemunculan buku agama, bukan kitab sebab kitab dah ada kat pasaran lama, sejak zaman dulu lagi. Buku agama yang aku maksudkan kat sini is buku dakwah kontemporari. Aku tau yang ulat buku akan perasan kalau korang pergi pesta buku kat Kuala Lumpur haritu pun pasti akan perasa yang pesta buku tu dah boleh digelar pesta buku islam. Lambakan buku islam dari sejarah tulisan Abdul Latip Talib sampai la ke dakwah macam buku #Henshin karya bro Aimanbanna menjadi pilihan, malah sampai bestseller.Jujurnya aku gembira dengan perkembangan ni walaupun aku sebenarnya tak boleh baca buku-buku macam tu sebab akan mengantuk. ehe

Tapi aku nak tekankan suatu perkara, bukan bermakna kita dah baca buku-buku agama dan buku dakwah kita dah boleh nak judge dan bash orang macam-macam. JANGAN. Aku cukup yakin yang buku-buku tu pun ajak kepada kebaikan dan tak suruh kita judge orang. Aku tengok segelintir orang yang alhamdulillah, dalam perjalanan kembali kepada agama ni lantang tegur orang lain, senang kata " weh wahabi ni weh" "ni salah ni, dengar aku cakap, ni buku ni kata...."

Tolonglah, islam tu luas. Tak bermakna apa yang korang dah baca tu itulah dia islam. Tidak, maybe banyak lagi yang korang tak belajar dan perlu belajar.Sebab islam tu bukan hanya pada buku, ya buku atau kitab tu satu alternatif tapi islam tu luas, jangan kecikkan hanya pada skop buku.

Nabi SAW bersabda, “Menuntut ilmu (agama) itu wajib atas setiap Muslim.” (Sahih. Riwayat Ibnu Majah)

Aku ada beberapa suggestion buku, untuk yang baru mula nak membaca dan taknak menghadap kitab atau risalah yang bosan, korang boleh la cari;

#Henshin - aimanbanna
|
Ikhwah Pakai Jeans - Inche Gabbana
|
Tarbiyah Sentap - Adnin Roslan
|
Semua buku Hlovate
|
Semua buku Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

Mungkin apa yang aku tulis tadi, sekadar catatan peribadi untuk ingatan masa depan. Aku cuma harap apa yang aku dah cerita korang dapat ambil tak sikit pun, banyak jadilah. eh haha dan aku minta maaf kalau ada yang tak setuju dengan pendapat aku dan kalau ada sebarang idea bolehlah komen . Aku nak tutup post kali ni dengan satu quote atau kata-kata bro/sis Hlovate.

----------

"... menulis bukan sebab aku nak cipta dunia fantasi. Hanya contengkan apa yang nak dikongsi dengan orang lain tentang apa yang diketahui. Aku tak banyak ilmu. Aku cuma tau kisah hidup ~ aku, famili aku, kengkawan aku dan orang keliling aku. Dunia ni 'classroom' yang paling besar dengan Allah sebagai 'Teacher the Almighty'. Aku banyak belajar dengan tu. Aku tak pandai tulis bahasa bunga-bunga untuk harukan hati orang. Aku 'just' tulis apa yang aku rasa dan nak orang rasa. Tapi macam kata kawan aku, 'everything needs commercial value and attraction force'; maka aku pun 'draw' je cerita tu ikut 'taste' orang yang nak baca, tapi dengan 'core' yang aku ada sebagai 'basic color', nak 'share' dan bercerita rasa dengan orang bukan senang."

Katanya lagi:
"Aku tak pandai melukis, jadi aku tak boleh 'draw n paint' perasaan aku
Aku tak pandai menyanyi, aku tak boleh lagukan hati aku
Aku tak ada 'art n skill', maka aku tak boleh nak 'shout out' buat 'graffiti' kat mana-mana dinding... dan sebenarnya aku tak pandai pun menulis... aku tau 'throw out n spill' je..."

-Hlovate-

-Agar hidup, dalam rahmat tuhan :)

hlovate's


Monday, 8 June 2015

1st

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


         Apa khabar semua? Moga hari ini dalam keimanan. okay memang ini post pertama saya dan memang newbie pun dalam penulisan blog ni. Malah, kalau ikutkan sejarahnya saya sendiri bukan seorang penulis yang baik.

Entah kenapa tiba-tiba mahu kembali menulis, mungkin kerana saya memang seorang yang suka bercakap tapi menulis? ehe mungkin tidak menarik. Tidak mengapa, boleh dijadikan diari.Mungkin entri ni taaruf je kut. Takde lah nak terus mengulas isu atau mengulas buku. ya, buku. 

Nama diberi Muhammad Izzhar Aiman bin Hamdan. Bersekolah di SBPI Gopeng dalam tingkatan enpat. Tidak seperti rakan yang lain, saya orang baru di sini haha. ya saya hanya biasa biasa. Tidak hebat dalam apa jua bidang atau mugkin saya yang belum perasan. haha yang saya tahu, saya hendak berada dalam rahmat tuhan

--

Dari kecil sehingga sekarang saya memang duduk di ipoh. Lahir,membesar,bermain, belajar, ringkas kata semuanya di Ipoh. Dari sekolah rendah di Jalan Panglima hingga menuntut di Izzuddin Shah, saya banyak terfikir satu perkara. Taklah fikir yang satu itu, tapi itulah dia yang saya selalu terfikir. ehe

Agama

Ketika sekolah rendah, saya di didik dengan agama. Teringat kalau tak pergi sekolah petang, ayah akan marah. Saya yang ketika itu tak suka ayah marah pun terpaksa pergi, tanpa rela hati. Mungkin kerana tu ilmu yang saya belajar kat sekolah rakyat dulu satu pun tak ingat. Allahu ruginya rasa.
Namun saya skor, bukan gol, tapi peperiksaan UPKK , ujian kelayakan ke sekolah agama negeri. Alhamdulillah, setahun kemudian ambil pula upsr dan dapat keputusan cukup makan, saya cekalkan hati untuk ke asrama. Itulah dia, Sekolah Izzuddin Shah.

Teringat saat pertama menjejakkan kaki ke situ, dalam hati tekad, its a new journey for me, face it bravely. Sampailah saya habis orientasi, kenal dengan brader naqib, masuk usrah, kenal kawan, dan saya cuba hadapi apa yang 'budak' asrama terpaksa hadapi waktu itu. If you know what I mean. F1, biasalah, akan kena macam-macam. Tapi saya teringat pesan seorang senior pada ketika itu: "kalau kamu tak cari pasal dengan senior kamu, takkan kamu kena?" . Apabila difikirkan, betul juga, yang mereka suruh, yang mereka seru dan ajak tu benda baik, takkan aku taknak ikut? . Justeru saya cekalkan hati hadap jelah apa yang diberikan oleh mereka tanpa rela hati.

Ketika di tingkatan 2 saya duduk di blok nama nya Imarah Imam Muslim. Dahlah jauh, duduk dorm atas pulak tu. Aduhai redah jelahnak haha . Alhamdulillah dorm saya tahun itu antara yang paling banyak kenangan. Malah kawan-2 sendiri pun mengakui tingkatan 2 itulah tahun kami membina segalanya. Bermula dari buat rekod skuba dalam kolah hinggalah qiamulail bersama untuk i'dadi, tahun itulah yang paling manis. Tahun dimana ukhuwah kami betul-2 kukuh,bak binaan yang teguh. dan tahun itulah saya mulai rasa manisnya hidup beragama. Bagaimana permulaanya? ya, sahabat. 
Sahabat saya tu seorang yang memang terkenal dengan kehebatannya berkata-kata dan yang lebih penting, dia juga beramal. Kami katil sebelah menyebelah, banyak perkara yang dikongsi, dari cinta hati ke agama ukhrawi. Segalanya, malah saya tahu ayah juga perasan perubahan saya di tingkatan 2. Malah efek tarbiyah beliau masih terasa hingga kini, walaupun kami sudah jauh terpisah. Seorang di ceruk gopeng dan seorang di kelang, namun masih terasa kehangatan ukhuwah dan tarbiyah yang ditinggalkan. Mungkin jika tiada tahun 2013 , maka tiada saya yang di tahun 2015 . mungkin haha. 
Ringkasnya, dia seorang yang hebat, saya, hanya sang dungu yang ingin belajar. Moga Allah permudahkan

-- 

Kenapa saya ceritakan kisah ini? Adakah hendak mengiklankan anda masuk ke sekolah lama saya? Tidak, cuma ingin berkongsi.

Berkongsi apa?

 Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” 
                                                                                                                                              [Ali ‘Imran: 85]

Perlu kita sedar, dalam hidup, agamalah penyelamat. Saya mencari agama, tiga tahun menuntut di sekolah agama, serius, sangat menyesal kenapa sikit sangat ilmu yang saya kaut. Sedangkan yang berada di sekeliling saya itu semuanya para ulama, guru-guru yang hebat ilmunya. Bak persepsi masyarakat, semua lepasan azhar belaka. Namun, dalam masa yang sama saya bersyukur kerana sempat menanam minat untuk beragama. Alhamdulillah, dengan bekalan minat yang ada saya sedaya upaya meneruskan jalan agama. Saya bukanlah seorang dai'e, namun saya hanya cintakan ilmu, tambahan lagi ilmu agama. 

“Nabi Saw bersabda: Jadilah engkau orang berilmu, atau orang yang menuntut ilmu, atau orang yang mau mendengarkan ilmu, atau orang yang menyukai ilmu. Dan janganlah engkau menjadi orang yang kelima maka kamu akan celaka” (HR. Baihaqi).

Dalam saya kata intro tadi rupanya banyak juga saya tulis haha. Cuma yang saya nak ingatkan, khususnya remaja, carilah agama semasa kita muda. Tak percaya tanyalah pada datuk nenek kita betapa mereka nak kembali muda. Orang muda yang cergas,yang sihat, sado badan , rugi jika kita gunakan ke arah perkara yang sia-sia. Jadi ayuh, kita bersama cinta ilmu dan tuntut selagi mampu!

- Agar hidup, dalam rahmat tuhan :)

"Selagi hayat di kandung badan" - P. Ramlee


                                                                   *Repent