بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Segala puji bagi Allah. Tuhan Yang maha mengasihi lagi maha menerima taubat. Aku ajak korang jom sama sama kita limpahkan selawat ke atas nabi Muhammad dan keluarga baginda bersempena dengan hari jumaat yang mulia ni.
صلى الله على محمد
----------
Waktu aku kecik dulu, ayah aku selalu pesan dan sebenarnya sampai sekarang pun dia still pesan, satu pesanan dan tidak berubah, jangan tinggal solat. Mudah namun entah berapa kali aku dah langgar pesan itu. Moga Allah ampuni aku. Sehingga la sekarang aku masih lagi pegang pesan ni dan alhamdulillah dengan bersekolahnya aku di sekolah asrama, bab-bab solat ni terjaga.
Namun bila solat dah terjaga, ada satu lagi perkara yang aku sering leka.
Berpeganglah kamu kepada dua perkara nescaya kamu takkan sesat selama-lamanya; Al-quran dan sunnahku.
(Riwayat bukhari dan muslim)
(Riwayat bukhari dan muslim)
Masa aku kat izzuddin dulu, khususnya ketika form 2, malaysia dilanda satu wabak yang sangat popular dan masih lagi hangat sampailah sekarang. Nama wabak itu adalah selawat dan qasidah. Aku masih ingat ketika mula bergiat dalam industri, chewah, qasidah ini, memang sungguh aku terasa betul kecintaan tu kepada baginda.
MALANGNYA,
aku melihat slacknya mereka yang berdiri atas nama qasidah dan selawat ini sendiri yang bersikap kasar dan tidak langsung mengikut sunnah, termasuk diri aku sendiri. *nangis Bukanlah salah hendak berqasidah dan sebagainya, namun qasidah tu bak kata senior aku hanyalah wasilah atau cara sahaja untuk berdakwah, untuk menarik orang ke arah islam. Namun aku sedih bila sampai satu tahap orang yang berqasidah, kononnya mengasihi nabi, terabai solatnya, sunnah rasul mereka diketepikan, tidak beradab dengan orang tua, bongkak dan sombong, pantang ditegur tentang agama mereka melatah mengatakan aku lebih baik, kau diam.
Sungguh sebenarnya aku sedih melihatkan situasi ini. Aku sayangkan nabi, sejujurnya aku berqasidah seolah-olah nabi tu ada dengan aku. Rasa kehangatan cinta nabi tu ada, namun bila segelintir orang islam mula melebihkan qasidah melebihi islam, apa yang aku nak kata?
KORANG SEMBAH QASIDAH KE SEMBAH ALLAH?
Tujuan qasidah adalah untuk meningkatkan kecintaan kepada nabi dan cara kita nak ekspresikan betapa kita nak bersama nabi di akhirat kelak. Tapi kalau tak ikut sunnah baginda, bukan sayang namanya. Tambahan lagi berapa ramai yang berqasidah dan berselawat tapi tak faham pun apa yang diperkatakan. Jadi tanya balik kepada diri kita, betulkah aku cinta nabi?
Cinta Sebenar
Aku nak kongsikan pandangan aku tentang cinta nabi yang sebenar. Korang tau seorang sahabat namanya Saidina Aku Bakar As-Siddiq? Ya khalifah pertama umat islam. Sebagaimana yang kita tahu beliau merupakan orang yang berhijrah dengan nabi ke Madinah ketika peristiwa hijrah.
Ketika di dalam gua thur, Nabi yang ketika itu sedang berehat dengan berbaring di ribaan aku bakar. Tiba-tiba ada seekor kala jengking menyengat kaki abu bakar. Korang tau tak ni bukan sengatan lebah, kala jengking tau. Tapi apa respon abu bakar? Beliau sedaya upaya tahan sakit sampai mengalir air mata, supaya rasulullah tak terjaga dari tidur baginda.
heh
Mungkin ya, ada orang yang kata, nabi tak ada dengan kita jadi macam mana nak buat macam Abu bakar. Bang, cukuplah dengan kau ikut sunnah baginda, itu sudah cukup hebat.
Aku tulis entri ni bukan nak bash orang qasidah dan selawat ke apa. Malah aku akui orang qasidah dan selawat ni biasanya akhlak terpuji . Namun aku takut, kita menyempitkan skop sayang nabi tu hanya pada qasidah dan selawat. Yang lebih buruk lagi adalah meninggalkan sunnah baginda yang ulung; Berdakwah dan sibuk berqasidah tak ingat dunia.
Jadi aku nak ajak korang, kita sama-sama tingkatkan kecintaan kita kepada nabi dengan ikut sunnah baginda dan tinggalkan perkara bid'ah dholalah yang menyimpang dari ajaran islam. Banyakkan berselawat dan berqasidah supaya nanti di akhirat kelak, kita berada di bawah panji yang sama, panji Muhammad Rasulullah.
Aku nak share satu hadis yang kalau kita hayati, memang boleh menangis, ini tanda hebatnya umat muhammad di akhir zaman. Menunjukkan betapa nabi cita kepada kita.
Suatu ketika berkumpullah Nabi saw bersama sahabat-sahabatnya yang mulia. Di sana hadir pula sahabat paling setia, Abu Bakar ash-Shiddiq. Kemudian terucap dari mulut baginda yang sangat mulia: “Wahai Abu Bakar, aku begitu rindu hendak bertemu dengan ikhwanku (saudara-saudaraku).”
Suasana di majlis itu hening sejenak. Semua yang hadir diam seolah sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi sayidina Abu Bakar, itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihinya melontarkan pengakuan demikian. “Apakah maksudmu berkata demikian, wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu?”Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mulai memenuhi fikiran.
“Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku.” Suara Rasulullah bernada rendah. “Kami juga saudaramu, wahai Rasulullah,” kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.
Kemudian Baginda bersabda, “Saudara-saudaraku adalah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku dan mereka mencintai aku melebihi anak dan orang tua mereka. Mereka itu adalah saudara-saudaraku dan mereka bersama denganku. Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku dan beruntung juga mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku.” (Hadis Muslim).
Allahu. Nabi sayang kita. Moga kita juga sayang kepada nabi. Amin
-Agar hidup, dalam rahmat tuhan :)
---------------------------------------------------------------------
النبى صلوا عليه صلوات الله عليه
وينال البركات كل من صلى عليه
No comments:
Post a Comment