Sunday 22 November 2015

Kita Tidak Islam Sia-Sia

Kadang-kadang aku selalu terfikir, tuhan cipta aku sia-sia ke?
-----

Muis berjalan tenang ke kolej. Hari ni, first day dia masuk universiti. Cuak. Feelingless. taktahu apa yang menanti. Dengar ceria daripada senior, dekat uni ni hidup semua sorang-sorang. Kalau kau tewas, kau tanggung sendiri. Tiada lagi naqib. Tiada lagi rakan-rakan sebilik macam di asrama yang setia menasihati perkara-perkara adab dan akhlak. Pakat kata, semua by yourselves, dan yang lebih takut lagi,

perempuan.

"ramainya perempuan kat sini. Ish segannya. Aku ni dahlah tak pandai nak sembang-sembang dengan perempuan. 5 tahun sekolah semua lelaki ke. Aduhai" omelnya dalam hati

Selesai pendaftaran, dia bergerak ke masjid. Bersedia dengan wuduk dan kemudiannya duduk menanti azan zohor berkumandang.

Usai solat, dia ke bilik yang ditetapkan.

-----

Itu cerita 5 tahun yang lepas.
Kini, dia sedang memegang erat tangan Amira, kekasih cintanya. Lima tahun bercampur dan bergaul dengan perempuan membuatkan dia seronok, sampai satu peringkat, dia dah lupa segala apa yang diteteapkan dalam hati.

"dakwah buat apa, orang bukan kisah pun. Lagipun dah ramai orang dakwah dah sekarang ni. buang masa je semua tu. Baik I spent masa dengan you" katanya

"Yelah, tapi I jauh suka dengan you pun sebab you yang dulu. You've gone wild. I takut you tinggal I" monyok Amira 

"hahaha you ni cute tau. Jangan la risau. I setia kat you je okay. Diorang tu semua kawan je." tangannya memagang tanganAmira. Erat 
-----

Aku kat mana ni?

Dia bangun. Sakit terasa di bahagian belakang badan. Di depannya terlihat satu titi panjang. 

JALANN!!!

Satu suara menerpa.Menikus. Muis pun berjalan melalui titian yang halus tersebut. Dia berhati hati.
Di kananya terlihat satu kaum yang tubuh mereka sangat besar, bau tubuhnya sangat busuk, paling buruk dipandang, dan bau mereka seperti bau tempat pembuangan kotoran. Dia menggigil. Teringat naqibnya pernah berkata, tulah azab bagi penzina. Muis rasakan satu getaran yang hebat pada tubuhnya. Teringat segala yang pernah dilakukannya dengan Amira.

"AMPUNKAN AKU YA ALLAH!" Jeritnya dalam hati

Dia meneruskan lagi perjalanan dengan keadaan menggigil. Kini dia terdengar pula suara terlolong kesakitan . Maka menangislah Muis pabila terlihat seorang lelaki,mirip dirinya yang diserat secara kejam dan dilemparkan ke gaung yang panas, dipenuhi api yang marak menyala. Dia terduduk, menangis melihatkan keadaan tersebut.

"Ampunkan aku yang Allah. Ampunkan aku ya Allah" Muis memohon dengan sepenuh hati.

"TIADA GUNA LAGI KAU MEMOHON KEMAAFAN SEKARANG. SEMUA SUDAH TERLAMBAT. DULU MASA DALAM ALAM RAHIM KAU DAH JANJI NAK JADI HAMBA AKU YANG BAIK, APA YANG KAU BUAT?! KAU INGAT AKU CIPTA KAU SIA-SIA KE MANUSIA!!"

Muis terjaga dari tidur dalam keadaan basah. Berpeluh. Menangis. Dia berjalan ke arah bilik air. Mandi dalam keadaan menangis.
-----

Muis mengangkat takbir. Khusyuk. Dengan penuh kerendahan hati sambil menangis teresak-esak memohon keampunan Allah.

"Ya Allah, hambamu ini banyak berbuat dosa. Hambamu ini seringkali mencetuskan kekacauan. Hambamu ini telah terperosok ke lembah kehinaan . Pada sujud ini aku menghinakan diri memohon keampunan atas segala dosa aku ya Allah. Ampunkan aku Ya tuhan.Ampunkan aku."

-----

Ingat, aku menulis tak sehebat mereka. Aku tiada bakat menulis cerita yang puitis. Aku tiada bakat yang mahu ditonjolkan. Aku cuma seorang yang suka menulis. Cerita aku tak sehebat mana. Malah mungkin orang bosan membacanya. Tapi apa yang aku nak kata,

Tuhan tidak ciptakan kau sia-sia. Dia telah tetapkan kau sebagai seorang islam bukan hanya untuk solat dan puasa. Dia tetapkan kau kenal huruf dan makhraj bukan untuk diri kau sahaja.



Ingatlah ayat Surah Al Fath ayat 30,

Bahawasanya orang orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setis kepada Allah.Tangan Allah diatas tangan mereka,maka barangsiapa yang melanggar janjinya itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa yang menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar".

Ingat, dakwah tu tanggungjawab setiap muslim. Ingat nabi dah tinggalkan kat kita satu tanggungjawab yang besar. Ingat, nabi takkan mengaku umat kalau kita tak buat tanggungjawab ni. Ingat, itu nabi, tanpanya tiada islam,

dan tanpa islam, tiada kita . :|

Bittaufiq wa najah

Assalamualaikum

-Agar hidup, dalam rahmat tuhan :)

Time is precious. Thus, use it wisely :)










No comments:

Post a Comment