Oh tuhan, berikan aku masa berubah
agar ku bisa hidup tenang tanpa ketakutan
Berdoalah kita moga terus bernyawa
Khabarkanlah kepada mereka
Sesungguhnya nikmat di syurga
Itu kekal selamanya
Alam turut tersentuh
Anugerah-Nya itu kamu
Dan bila ku tertidur
Ku mohon untuk tetap denganmu
-----
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Selawatlah untuk nabi kita yang tercinta. Moga-moga kita dikurniakan syafaat baginda di akhirat kelak.
اللهم صلى على رسولنا محمد
-----
Tuhan yang Maha Pengampun. Tuhan yang Maha Pengasih. Tuhan yang Esa. Tiada tuhan selain dia. Dia lah Allah. Yang tidak beranak dan diperanakkan. Dialah yang Maha Agung. Dia lah yang Memiliki Keagungan. Tiada yang kami sembah melainkan dia dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu rasul mulia, utusan tuhan yang membawa Rahmat dan Keampunan dari tuhannya.
Dalam kehidupan kita seharian, kita perlu sedar banyak hakikat yang selama ni kita tak sedar . Ramai orang anggap kita hidup ini untuk belajar, skor peperiksaan, skor kat universiti, habis belajar dan kemudiaannya terus bekerja dan bekerja sehingga pencen. Pengakhirannya ialah menunggu saja dijemput oleh tuhan, samada ke syurga atau neraka.
Itu perkara biasa, norma masyarakat. Betulkan aku kalau salah. Namun sedar atau tidak, kehidupan kita yang hanya senang begitu, bukan satu yang senang di akhirat kelah.
'Dunia, ladang akhirat'
Hakikat yang pertama, dunia itu ladang akhirat. Tiada keseronokan di dunia melainkan kita gunakan untuk akhirat kelak. Tapi orang kata apa, tak 'fun' lah asyik nak jadi kaki masjid, tak tengok movie, itu haram, ini tak boleh.
Tuhan yang cipta kita, bukan dia tak faham kemahuan kita.Hey, tak salah berseronok, tapi berpada-pada lah. Tak salah bergembira, tapi akhirat jangan lupalah. Hidup di dunia, bukan semata-mata berseronok. Ada je orang yang gembira dengan cara mereka sendiri. Cara dakwah. Korang tak percaya?
Ikhwanul Muslimin. Satu gerakan islam terbesar di dunia. Dianggotai secara tidak langsung oleh jutaan umat islam. Kisah mereka ni panjang. Dari mula ditubuhkan, sampailah sekarang, perjuangan ikhwan tetap sama. Tetap nak memerdekakan mesir dari jajahan pemikiran barat dan diktator yang menular dalam pentadbiran mesir. Hakikatnya mereka banyak kali disuap supaya meninggalkan dakwah. Ada yang ditawarkan pangkat dan harta. Yang cuba disogok dengan wang untuk berhenti ajak orang amalkan islam.
Sis, kalau kita, rasanya dah terima semua duit dan pangkat tu. Ikhwanul muslimin, tiada seorang pun yang pernah belot dalam perjuangan. Kata mereka apa, mereka seronok dengan apa yang mereka hadapi. Cacian, makian dan penjara serta sebatan yang diterima, semua macam disuap madu bagi mereka. Takde yang pahit, semua keseronokan iman, kemanisan iman bagi mereka.
.
Hakikat yang kedua. Kalau kita perasan sekarang ni, berapa ramai orang yang bercinta. Kalau kita sedar jugak, berapa ramai orang yang putus cinta.Hakikat ni kita nampak, dan kita sedar sebenarnya yang cinta zaman kita tak tahan lama pun. Malah bukan keperluan pun.
Dengan kita bercinta sebenarnya, kita terlalu fokus pada individu, sedangkan ramai lagi yang perlukan perhatian kita, siapa?
![]() | |||
Family. my type on family. Amen |
Keluarga kita. Mak,ayah,abang,atuk,achik,along,opah,atuk, tok ngah, tok ngah selangor, tok ngah kedah dan macam-macam lagi gelaran yang diberi, mereka dah terlalu lama hamparkan cinta mereka untuk kita. Bagitau aku kat sini, berapa ramai yang kat sini sedar mereka ni selalu risau kat kita masa kita susah. Yes, betul memang ada certain family yang susah, bukan susah duit ke apa, tapi bonding betweet family tu dah kurang, tapi still masih mereka sayang kita kan. Masih mereka sayang anak mereka kan.
Tapi kita, sibuk dengan abang sayang. Sibuk dengan baby kita hahahahaha okay jahat kejap. Mereka tu bruh, sistur tak bawak kemana pun. Awak akan kahwin bila sampai masa awak nanti. Takde guna sekarang ni bercinta bagai nak rak, dua tiga tahun, tapi pengakhiranya break. Lepastu baru kau nak cari cinta family kau and you know what, your family still loves you. Yes, seba diorang tu, cintanya tak fragile macam cinta kekasih. Cinta diorang, ni *tunjukhati masuk ke dalam hati, sampai ke syurga ilahi.
Kejar cinta tuhan, tuhan dah sayang kau sebelum kau kenal apa tu IPhone 5s lagi, tuhan dah hamparkan kasih sayang dia dah lama,kau je yang sombong, kita je yang sombong sorry, nak cari cinta dia. Gapai cinta tuhan, nescaya tuhan akan bagi orang yang sama cintakan dia untuk kau, supaya korang sama-sama masuk syurga dengan kecintaan kepada tuhan. May allah make us one of them. Dan yakinlah, orang yang baik, pasangannya jugak baik. So be good,
so that you get a good one too
-----
Dua hakikat yang kita perlu sedar dan ubah. Tak terlambat untuk kita berubah menjadi lebih baik. Tak terlambat untuk kita gapai cinta tuhan. Sebab tuhan tu, maha segalanya. Jadi mohonlah segalanya kat dia, nescaya dia akan bagi syurga untuk kau, kerana yang segalanya itu bukan di dunia, tapi di syurga sana. Biiznillah
-Agar hidup, dalam rahmat tuhan :)
No comments:
Post a Comment