Friday 11 December 2015

Love Birds

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Ayuh aku ceritakan satu kisah cinta berpaksikan ilahi

-----

Dipendam hasrat hatinya. Memang lama dia memendam rasa hati untuk memiliki seorang gadis. Indah rupa parasnya , cantik akhlaknya, cekal hatinya apatah lagi ibadahnya yang sempurna, hasil didikan ayahandanya, Rasulullah S.A.W . Itulah dia Fatimah Az-Zahra sang puteri nabi yang terkenal dalam kalangan bangsa arab sebagai seorang yang menawan hati setiap yang melihatnya.

Namun Ali sedar, tiada apa yang hendak ditawarkan untuk meminang Fatimah. Walaupun tarafnya sebagai sepupu baginda, namun dia segan mengenangkan kekurangan diri. Namun dalam diam dia berusaha, bekerja dengan harapan suatu hari nanti dapat meminang puteri nabi.

Tidak diduga, suatu hari Ali mendengar berita bahawa Abu Bakr meminang Fatimah. Ali berfikir dengan waras. Abu bakar merupakan seorang sahabat yang paling utama dalam Islam. Ketikamana hijrah, nabi bergerak dengan Abu Bakr. Ketikamana peperangan, Abu Bakr mengorbankan seluruh hartanya untuk Islam. Di tangan beliau, berapa ramai yang masuk Islam. Betapa kehebatan Abu Bakr benar-benar jelas di mata Rasulullah. 

Ali merasakan bahawa dia sudah tidak punya peluang untuk meminang Fatimah.
Namun Ali terdengar pula berita bahawa pinangan Abu Bakr ditolak. Ali terkejut dengan berita tersebut dan merasakan peluangnya kembali terbuka. Dia terus bekerja dengan lebih gigih dan dalam diam berdoa kepada tuhan.

Selang beberapa ketika, sampai pula berita kepada Ali bahawa Umar Al-Khattab pula yang meminang Fatimah. Masha allah betapa luluh hatinya mendengarkan berita tersebut. Umar terkenal dengan keberaniannya membela Allah dan Rasul. Ketika ramai para sahabat berhijrah secara senyap, lantang Umar melaungkan kepada kaum Quraisy bahawa siapa yang ingin menghalangnya, dipersilakan tampil. Tambahan pula, Umar memang seorang yang gagah dan berani, boleh melindungi wanita dengan mudah. Ali pasrah.

Gempar hatinya apabila diberitahu bahawa pinangan Umar juga ditolak. Baginda menyerahkan urusan hidup rumahtangga Fatimah kepada Allah. Baginda menunggu perintah dari Allah. Ali hairan. Abu Bakr dan Umar dua orang sahabat yang cukup mulia peribadinya ditolak. Bagaimana orang yang Rasulullah idamkan agar menjadi menantunya?


Suatu ketika, Abu Bakr datang berjumpa dengan Ali. Apabila berjumpa, Abu Bakr pun bertanya adakah Ali tidak mahu meminang Fatimah. Ali menunduk malu dan mengatakan kepada Abu Bakr bahawa dia pun tahu bahawa Ali tidak punya apa-apa. Abu Bakr memberikan semangat kepada Ali untuk meminang puteri nabi tersebut.

 Tatkala Ali sampai ke rumah Rasulullah, dia berjalan masuk dalam keadaan menunduk kerana malu ingin berkata kepada Rasulullah akan hajatnya.

Rasulullah bertanya apa hajat Ali bertemu dengannya dan nescaya akan Baginda penuhi hajat tersebut.

Mendengarkan hal tersebut, Ali dengan penuh keberanian berkata,
"maafkan aku ya Rasulallah. Anda pasti ingat bahawa engkau telah mengambilku daripada bapaku Abu Talib dan bondaku Fatimah binti Asad. Malah aku Islam juga di tanganmu. Engkau juga ya Rasulallah merupakan tempat aku berhubung dan berwasilah. Engkau memelihara aku sedari kecil dan ini aku sudah dewasa dan ingin berumah tangga. Aku datang ingin meminang puterimu ya Rasulallah."

Diceritakan oleh Ummu Salamah ketika itu bahawa muka baginda berseri-seri. Rasulullah tersenyum dan bertanya jika Ali ada bekal mahar. Ali menyatakan bahawa dia hanya ada sebilah pedang dan baju besi. Maka Rasulullah pun bersetuju mahar untuk Fatimah, cukup hanya baju besi. Rasulullah menyatakan bahawa sebelum baginda menikahkan Ali di bumi, Allah telah pun menikahkan beliau di langit. Subhanallah!

Maka selamatlah Fatimah puteri Rasulullah menjadi isteri Ali. 

Diceritakan suatu hari , Fatimah berkata kepada suaminya, 

"Maafkan aku. Sebelum berkahwin denganmu aku telah jatuh cinta kepada seorang pemuda"

"Jika begitu, mengapa engkau mengahwiniku dan siapakan pemuda itu?"

"Ya, kerana pemuda itu adalah dirimu"

Aww Aren't that sweet?

-----

Pesananku, jangan gigih bercinta. Bayangkan bercinta bagai nak rak tapi akhirnya tersungkur. Jodoh itu telah Allah tulis sebelum kita lahir lagi. Mencari tidak salah, namun ada batas dan syaratnya. Apa yang perlu dilakukan ialah berubah dan menjadi baik, supaya nanti apa yang Allah beri, juga merupakan yang terbaik.

-Agar hidup, dalam rahmat tuhan :)







4 comments: