بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Entri kali ini agak pendek. Bukan keurangan idea, tapi ini merupakan lebih kepada peringatan untuk diri sendiri.
Pertama-tamanya, aku menzahirkan kesedihan di atas pemergian Pak Yus aka Yus Jambu. Kita doakan agar ruh al-marhum ditempatkan dalam kalangan para solehin dan agar allah ampunkan dosa-dosa-nya.
Aku membesar dengan lawak beliau. Kami satu family memang suka kepada hiburan tambahan lagi bahan lawak, dan kami dah layan pak yus sejak dari raja lawak 1 lagi. Kemudian kepada Maharaja Lawak dan Karoot Komedia. Senang cerita beliau salah seorang yang banyak menceriakan hidup kami.
Aku teringat salah satu lawak beliau, yang kalau diingati memang akan ketawa berdekah-dekah iaitu '3 x 3 sama dengan cecair' hahaha ironinya ketika menaip inipun aku ketawa . Aku dimaklumkan al-marhum seorang yang humble dan senang didekati. Allahu
Aku teringat satu hadis nabi s.a.w, ada seorang sahabat baginda namanya Nua'iman sa'ngat suka membuatkan nabi ketawa. Suatu hari Nua'iman dikatakan sakit mata kirinya atau kanannya, salah satu. Lalu nabi melawat Nua'iman dan berbual dengannya. Baginda bertanya, " bagaimana kamu makan kurma sedangkan matamu sakit?" lalu Nua'iman menjawab "saya makan dengan mata satu lagi" mendengarkan jawapan Nua'iman, baginda tertawa dengan menampakkan gigi gerahamnya.
Dalam sabda baginda, " Nuaiman akan masuk syurga dalam keadaan tertawa kerana dia selalu membuatkan aku tertawa"
Allahu, lihat, betapa besarnya pahala memberikan kegembiraan kepada orang lain dan ini merupakan salah satu sebab aku lebih suka beperwatakan ceria haha :)
Apa yang aku cuba sampaikan, Allah nak jemput kita ni bila bila masa pun boleh, tidak kenal waktu tidak kenal usia. Tidak cepat sedetik ataupun lambat sedetik. Apabila sampai masanya, maka ditariklah ruh oleh Malakul maut dari tubuh.
Ingat sahabat, hidup, andai ingin ke syurga maka berbaktilah. Ingat ertikan hidup kita dengan memberi.
Memberi untuk ummah
Memberi untuk islah
Memberi untuk jannah.
-----
![]() |
Yussry Edoo dalam kenangan |
Jangan hisap dadah
Nanti jadi haram jadah
Jangan merempit
Nanti mati tersepit
Baik kita tolong
Mak kita buat nasi impit
Dengarkanlah teman
Dengarkan bersama
Aku melawak bukan kerna nama
Kerna sifat kasih kita sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangku
Kita semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan
-pakyui-
Al-Fatihah
-----
-Agar hidup, dalam rahmat tuhan :)
No comments:
Post a Comment