Kita semua pernah rasa
Pernah alami
Berada dalam suatu keadaan
Dimana hidup rasa tak bertuhan
Dimana hidup rasa kehilangan
Dimana hidup dalam kesakitan
Yang kita risaukan
Ah tiada orang yang suka
Yang kita risaukan
Aduhai tengahari nak makan apa
Yang kita risaukan
Aduh tiada line wifi
Itu yang kita risaukan
Tapi ada orang yang berada dalam suatu keadaan
Mereka juga risau
Yang mereka risaukan
Tiada makanan tengahari
Yang mereka risaukan
Bom-bom beterbangan mari
Yang mereka risaukan
Masjid-masjid dinodai
Yang mereka risaukan
Jauh dari ilahi
Justeru rakan-rakan
Buanglah keseronokan dunia dari hatimu
Buanglah ketakutakan mati dari hatimu
Tanamkan rasa cintamu terhadap kezuhudan
Tanamkan rasa cintamu terhadap kezuhudan
Tanamkan rasa cintamu terhadap mereka
Yang terseksa dengan dunia
Ringankan beban mereka
Kerana sesungguhnya
Mereka itu saudara kita
------
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Tunjukkan rasa cintamu terhadap nabimu. Selawat dan salamlah keatas baginda agar kita beroleh syafaat.
اللهم صلى على خير الانام
-----
People nowadays, *sigh
Dalam satu hadis Nabi ada kata something yang priceless, baginda kata ;
"Tiada kelebihan kamu orang arab dengan orang bukan arab, serta orang bukan arab dengan orang arab, melainkan dengan taqwa"
Hadis ni nabi ucap masa khutbah wida', khutbah terakhir masa hujjatul wada', haji terakhir baginda. Hadis ni nak kata apa, masa tu orang arab ni rasa diri mereka hebat, hebat dengan harta, hebat dengan pangkat, hebat dengan kekuatan dan kelebihan sebab mereka kata nabi dari golongan arab. Allah wahyukan nabi untuk kata benda ni, supaya orang arab sedar tiada kelebihan mereka melainkan dengan takwa.
Zaman sekarang ni, kita hidup dalam hierarki masyarakat yang memandang kepada harta dan pangkat. Kalau kau ni orang berada dan ada harta maka kau akan dihirmati dan di sanjungi. Kalau kau miskin dan makan nasi bujang tetiap hari maka orang pun taknak pandang kau. Situasi ni, sama la dengan arab jahiliah dulu.
Hidup ni, bukan semata-mata untuk kejar pitih, kejar duit je. Kita kena sedar, there comes a time where semua yang kita kumpul ni, semua yang kita dok ligan selama ni, akan hancur, akan fana'.
Hidup, jangan untuk dunia semata-mata. Dunia ni ladang akhirat. Dunia ni tempat kau nak tanam segala yang kau mampu. Jangan simpan harta. Jangan simpan duit. Tanamlah dekat orang miskin. Tanamlah dekat tabung masjid. Tanamlah untuk muslis refugees yang tengah merempat dekat hungary sana,
Agar nanti di akhirat, kau akan senang.
Agar nanti di akhirat, kau disayangi tuhan.
-----
Maaf entri kali ini agak ringkas. Engkau tahu, manusia juga punya limit pemikiran mereka. Tidak selamanya idea mereka bernas. Tidak selamanya fikiran mereka matang dan kritikal. Tidak selalunya mereka lulus addmath. eh
Pesan aku, jangan sesekali tewas dengan dunia. Buat 'orang dakwah', jalan kalian sukar. Aku tahu. Tapi bak kata orang tu apa, hidup dunia biar susah, akhirat nanti kau senang dik (err). Teruskan perjuanganmu tidak kira apa yang kau perjuangkan, asalkan kau rasa perjuanganmu benar, teruskan, kerana jika kau berpaling, maka akan rosaklah orang yang bersama dengan perjuanganmu.
dan salam eid mubarak, mina aidil wal faizin :)
-Agar hidup, dalam rahmat tuhan
![]() |
Hidup banyak warna, kalau buang satu itu bukan hidup namanya :) |
No comments:
Post a Comment