"Kamu pernah dengar cerita Kaum yahudi dengan Nabi Musa?" Tanya Pak Ashman
"Pernah tu pernah la pakcik, tapi kami nak buat assignment pasal kemerdekaan, apa kena mengena dengan Nabi Musa pulak ni pakcik?" Tanyaku
Jeda
"Kamu tahu, Nabi Musa jumpa Firaun, berdakwah dekat firaun, tapi firaun ni degil. Dia punya marah dekat Musa, dia kejar Musa dengan kaum yahudi time tu sampai ke laut. Nabi Musa doa kat Allah then Allah suruh pukul laut dengan tongkat dia. Bila pukul, terbelah laut."
"Bila diorang lalu, lepas. Tapi bila Firaun lalu, laut bercantum. Haa tenggelam si Firaun tu. Mati, tapi Allah simpan mayat dia sampai hari ni. So kamu, kita dapat ambik pengajaran." kata Pak Ashman
"Ish memang la. Kami pun tahu cerita tu pakcik. Tapi macam kami cakap tadi la, kami ni nak buat assignment pasal merdeka. Apa pulak kaitan dengan firaun ni? Tanya Samad
"Lepas tu apa jadi?" tanya Pak Ashman. menguji
"Nabi Musa dengan yahudi sampai kat mesir pakcik, pastu Nabi Musa naik Thur Sina sebab nak munajat and mintak kitab kat Allah. Kalau tak silap saya, 30 hari lebih kurang kan?"
"Betul tu, lagi, sambung" senyum
"Bila Musa turun, dia terkejut tengok kaum dia sembah patung emas anak lembu. Dia punya marah time tu memang legend. Siap marah Nabi Harun lagi sebab berlembut sangat."
"Kamu tak nampak lagi?"
"Nampak? Nampak apa pakcik?"
"Tunku Abdul Rahman, Tun Sambathan, Tan Cheng Lock bersusah payah tahun 50-an dulu. Ke hulu ke hilir jenuh nak mintak merdeka. Pergi London berapa kali entah nak mintak merdeka kat British."
"Lepas tu masa zaman Tun Razak sampai la ke Tun Mahathir, Paklah jenuh nak bangunkan ekonomi negara. Jenuh nak lawan provokasi orang luar. Jenuh nak majukan negara. Tak tidur malam, tinggal anak isteri. Pulak tu kena hadap kejatuhan ekonomi lagi. Dengan rasis perkauman lagi. Jasa diorang tu banyak kamu tahu?"
"Tapi kamu tengok la orang kita sekarang especially orang Melayu kamu ni, apa yang diorang tak buat? Buang anak, berzina, berpeluk tak tahu malu dalam tv, menjerit pergi konsert sana sini. Itu belum lagi kira yang hisap rokok, yang kerja mencuri setiap hari. Tu belum lagi kita korek pulak berapa banyak rasuah yang jadi, berapa banyak orang yang juangkan kebenaran kena lokap. Orang yang perjuangkan agama, perjuangkan jihad kena ban."
"Jadi?"
"Jangan sampai kerana kesalahan kita hari ni, murka Allah kepada Yahudi Bani Israil, kaum Nabi Musa dulu jatuh pulak kat kita.. Jangan kita kufur nikmat yang Allah dah bagi kat kita. 58 tahun kita dok laung 'merdeka', tapi tengok melayu sendiri dah memberhalakan artis dan pemain bola lebih dari tuhan. Mereka ingat mereka dah merdeka tapi tak ingat kepada pemberi kemerdekaan mutlak. Merdeka yang kita perjuangkan hari ni bukan lagi perjuangan merdeka macam Tunku Abdul Rahman dan Nabi Musa. Merdeka kita pada hari ini ialah kebebasan anak muda hidup dalam dunia sendiri. Merdeka kita pada hari ini adalah perjuangan membangunkan negara dengan menindas orang bawah dan golongan agama yang menyampaikan kebenaran. Merdeka kita, bukan lagi merdeka yang dulu"
Senyap. Sentap.
Jadi, kamu rasa-
Merdekakah kita?
-----
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W . Wahai orang-orang yang beriman berselawat dan salamlah kamu ke atas baginda.
اللهم صلى وسلم على نور الانوار
-----
Korang tahu 6 minggu aku terperap kat sekolah outing sekali je aduhai seksanya. Jadi aku mintak maaf awal-awal kalau entri kali ni panjang sikit dari biasa and aku harap korang enjoy baca apa aku nak cerita kali ni.
Merdeka
Orang kata merdeka tu subjektif. Ada orang yang ikut stereotaip masyarakat yang yakin kita memang dah merdeka. Tapi ada jugak orang yang tak yakin kita dah merdeka, biasanya pak-pak konspirasi ni la. Aku pun tak sure sangat.
Apa yang aku selalu dengar is kita memang dah merdeka secara zahirnya, tapi dalaman belum.
Apa maksud dalaman belum merdeka?
Kalau korang jenis yang suka membaca paper and suratkhabar (?), korang akan sedar yang kita ni sebenarnya masih di takut lama, worse, kita makin jatuh ke takuk yang lagi dalam.
Yelah korang sendiri dapat tengok how our society today. Berapa banyak orang yang lagi sanggup turun konsert, kena bayar ratusan ringgit, tapi takda orang pun yang sanggup turun surau tak sampai pun 30 minit dan tak payah bayar, termasuklah yang menulis ni. Astaghfirullah
Berapa banyak orang yang lagi risau nak jaga hati bae dia dari jaga hubungan dengan Bae yang kat atas nun.
Berapa ramai yang umur dan nak dekat habis belajar, tapi apa yang dia tahu hanyalah lagu dan lirik. Sedangkan kalau dia dengar Al-Quran macam dia dengar lagu tu hari-hari, rasanya masa final year dah hafal setengah Quran kut.
Jadi, bila sampai je malam 31 Ogos, akan bersoraklah satu negara, laungan merdeka tu kita dok laung banyak kali, semua muka gembira dan puas, rasa diri dah merdeka. Namun, malang sekali kita dapat tengok keesokan harinya berapa ramai yang tak hormat orang tua, berapa ramai yang takda sivik pergi tulis carutan dalam tandas.
Come on lah Malaysian, merdeka apa yang korang perjuangkan selama ni?
-----
merdeka tu
bukan sekadar luaran
bukan sekadar laungan
bukan sekadar letupan bunga api
bukan sekadar konsert sana sini
bukan sekadar bualan mulut
bukan sekadar omongan kosong
merdeka tu
adalah penyucian hati
dari hasad dan dengki
dari gaduh dan rasis
dari carutan dan makian
dari tak hormat dan takbut
merdeka tu
perlu dipertahankan
bukan dengan rasuah dan tindas
bukan dengan seleweng dan mencaci
bukan dengan memenjarakan yang tak bersalah
merdeka tu
adalah interpretasi diri
supaya cinta negara
bukan yang sekarang
tapi yang mengikut acuan islam
Merdeka tu
perlukan pengorbanan semua
melayu india cina
dan sedikit-
keikhlasan hati.
Malaysian, Happy Independence Day!
-ia-
-----
-Agar hidup, dalam rahmat tuhan.
![]() |
cheer up, its merdeka loh! |
No comments:
Post a Comment