Monday, 20 July 2015

Mi Amor

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Jom selawat sama-sama ke atas junjungan besaq Nabi Muhammad S.A.W. Moga-moga kita dikurniakan syafaat baginda kat akhirat nanti yek :)
اللهم صلى على زين الانبياء
------
  
Take care! Say at once, "O God help me!"
Repeat it over and over again
And not only with your tongue-
From the bottom of your soul.

Aku suka bagi perspektif. Yelah, lain orang lain perspektif terhadap sesuatu perkara. Jadi aku pun suka bagi perspektif dan nak orang berfikir pasal perspektif aku terhadap sesuatu perkara.

Perpektif cinta.

Cinta tu luas. Apa yang kita selalu dengar is cinta tu fitrah. Ya aku setuju cinta tu fitrah. Takda cinta maka takda kita. Simple math. eh

Tu perpektif umum. Aku nak bagi pendapat aku pulak. Baca elok-elok naa. Cinta tu, is suatu perasaan yang tuhan campak kat kau yang buat kau sayang someone sangat-sangat dan kau nak yang terbaik untuk dia, bukan untuk kau dan dia.

Cinta tu suatu perasaan, yang asalnya sedikit dari kasih sayang tuhan, yang tuhan bagi kat seseorang supaya dia dapat sayang orang lain. First thing first, sayang tuhan. Itu pasti, tiada kompromi. Macam mana kau boleh kata kau nak sayang makhluk sedangkan yang menciptakan makhluk pun kau tak cinta lagi. Think-

Yang seterusnya is sayang family kau. Ibu , ayah , adik beradik. Bagi aku, mereka ni lah yang bagi erti cinta sebenar bagi aku. Waktu aku merengek nak itu ini, diorang ni lah yang tunaikan. Bukan orang lain. Waktu aku sakit, mak ayah la yang jaga aku sungguh-sungguh, bukan orang lain, dan mereka ni lah yang dapat terima perangai aku yang bukan-bukan, yang sebahagian kawan-kawan tak dapat hadam.

Tu ialah cinta sejati aku. Tuhan, cinta hakiki. Families, cinta sejati.

"eh, takkan takde crushhh?"

Hahaha tipu la takda kan. Sejarah aku dah couple monyet dari darjah 5. Kalau kenang balik memang malu. Last aku couple is time f2. Ye, zaman akal pendek. Fikir hawa dunia, dan aku tak tipu memang seronok ada orang care, ada orang nak manja-manja, tapi sahabat tu betullah cinta sejati. 

Aku dah berazam taknak terlibat dengan perasaan mula dari f2. Aku nak korang fikir, kita dok sibuk layan awek kita, yang belum tentu pun kita cinta dia betul-betul, padahal family tu dah lama hamparkan cinta diorang buat kita, apatah lagi tuhan yang sejak azali lagi dah sayang kita. Kita, nak layan lagi benda yang tak pasti?

"So back to soalan, takkan takda crush?"
 
Jujur ye sekalian masyarakat, im owned. Hati la hati haha bukan tentu pun. Jodoh kuasa tuhan, aku makhluk hina ikut jelah aturan dia. Thats the best and jangan tanya siapa ye. Stop buang masa nak tau privacy orang lain dan mula la cari kebahagiaan sendiri.

Apa yang terbaik pasal perasaan ni is cara kita nak handle benda tu, and couple is not the solution. Srsly bukan penyelesaian. Korang pernah dengar cerita Saidatina Fatimah dengan Saidina Ali?
Cari sendiri, usaha la sampai bila nak orang lain suap hahaha *malas

"Tapi aimanbanna kata crush haram"

Everyone ada own pendapat kan. Aiman kata crush haram, sebab dia define crush lain. Aku define crush lain. Dia kata crush tu kita minat yang melampau, sampai zina hati. Aku define, crush tu kau tertarik kat someone je, tak buat apa, tak contact, tak jumpa apa segala. Hati je terbabas. Tu aku la kan. Tapi tak bermakna korang boleh define crush sendiri ikut kepala korang. Amboi kalau cenggitu senang la kan. haha tapi aku cadangkan korang ikut la bro Aiman tu. Ilmu dia luas macam laut, aku, setitik pun tak sampai. :)

------

Wahai tuhan kami, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri dan jika engkau tidak mahu mengampunkan dosa kami dan merahmati kami,
Nescaya jadilah kami dalam kalangan orang-orang yang rugi.
 
Wahai tuhan kami, ampunilah dosa kami, kedua ibu bapa kami, dan rahmatilah mereka, sebagaimana mereka mengasihi kami sewaktu kami kecil.
Amin

Agar hidup, dalam rahmat tuhan :)
 
 


No comments:

Post a Comment