Satu ketika
Aku tak pernah ambil tahu
Aku tak pernah ambil peduli
Apa itu Syamail
Siapa itu Al-Banna
Apa itu Mathnawi
Siapa itu Rumi
Yang aku tahu
Aku gembira
Lalu aku dicampak ke suatu tempat
Aku segan
Aku malu
Pabila mengenangkan kebobrokan diri
Yang lupa pada mereka
Yang bersusah payah
Membawa islam kepadaku
Yang mengorbankan kesenangan diri
Demi agama yang suci
Lalu dengan penuh keazaman
Aku tekad
Untuk mula mencari
Mencari
Dan terus mencari
Yang ku ketemu
Adalah mereka itu
Ibnu A'rabi
Al-Ghazali
Ibnu Taimiyah
Dan yang aku terima
Adalah jawaban
Engkau membosankan
Engkau tidak 'fun'
Tetapi bagi aku
Inilah jalanku
Apa yang aku cari ini
Bagaikan nikotin kebahagiaan
Yang membuatkan aku ketagih
Untuk terus mencari dan mencari
Apa yang selama ini
Aku tidak tahu
Pada hari mulia ini
Aku memohon kepada engkau
Wahai Kekasihku
Engkau tunjukkanlah kepadaku
Jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang
Engkau redhai
آمين
------
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Sempena hari ini hari Jumaat yang mulia dan kalau bukan Jumaat pun jom kita sama-sama berselawat kepada chenta sejati kita, Nabi Muhammad S.A.W dan kaum keluarga baginda
اللهم صلي على حبيبنا المصطفى
------
Aku mintak maaf la kalau puisi yang aku buat kat atas tu tak sepuitis Kak Fynn atau mana-mana sasterawan negara, sebab hakikatnya aku hanya minat je sastera tapi tak pandai langsung berpuisi atau bersyair.
Jalan aku
Aku bukanlah hebat sangat dalam hal-hal agama ni, malah kalau diteliti seharian hidup aku, aku lagi banyak ikut kepala sendiri dari ikut kepala nabi. Mungkin korang akan ingat aku poyo atau bajet alim dalam entri ni tapi se-poyo macam mana pun aku ni, korang baca sampai habis okay :D
Aku pernah tertanya-tanya berapa jalan yang ada untuk aku kat dunia ni untuk aku masuk syurga kat akhirat. Memanglah yang kita nak redha Allah. Kalau korang sembang dengan sufi mereka akan letakkan syurga tu di tangga yang kedua sebab bagi diorang redha Allah itu yang tertinggi. Tapi aku tak sehebat sufi, aku ahli maksiat yang penuh dengan dosa, jadi cara untuk aku kejar redha Allah is aku kena kejar syurga Allah.
Jadi aku pendam persoalan berapa jalan yang ada untuk aku untuk ke syurga ni lama. Sangat lama mungkin hinggakan aku dah tak ingat pun untuk cari jawanpan. Tapi tadi sebelum khutbah, aku pun dengar la sikit-sikit apa ceramah yang ustaz tu bagi.
ZAPP!
I'm just like, I got the answer, the one I've been searching so long. Ustaz tu kata kita ni kat dunia ada dua je jalan. Jalan yang benar dan jalan yang batil atau salah. Jalan yang benar ni is Nabi Muhammad. dan jalan yang batil is jalan yang menyalahi segala tuntutan syariat dan sunnah nabi.
Ustaz tu sambung lagi, dia kata jalan yang benar yang kata jalan nabi tu macam mana?
Jalan nabi tu is
Kita tidur gaya Rasulullah
Kita makan gaya Rasulullah
Kita bekerja gaya Rasulullah
Kita belajar gaya Rasulullah
Kita berniaga gaya Rasulullah
Senang cerita kita hidup seharian gaya Rasulullah
kenapa?
قل ان كنتم تحبون الله فاتبعوني يحببكم الله
"Katakanlah : Jika betul kamu cintakan Allah,
Maka ikutlah Aku(nabi) nescaya Allah akan mengasihimu"
Dan jalan yang betul yakni jalan Rasulullah inilah yang akan membuahkan kita hasil yang kita nak nanti iaitu syurga.
Korang tahu, selama ni aku baca pasal tarekat, aku baca pasal syeikh tu syeikh ni, semuanya untuk cari jalan yang boleh bawak aku kepada Allah, tapi hakikatnya jalan yang jelas, jalan Al-Quran dan As-Sunnah aku lupa. Jalan yang dah ditanam kepada aku sejak kecil, semua aku pandang remeh dan kecik, semuanya demi untuk mengejar kehebatan dan keagungan. Membaca puisi-puisi sufi dan merasa kagum dahtu letak pulak diri kita kat tempat orang sufi yang hebat tu.
heh
Rasa loser. Rasa kecewa dengan diri sendiri yang terlalu nakkan kemashyuran dan ke'zuhud'an dunia kononnya sedangkan yang benar tu dah jelas tapi degil jugak taknak ikut. Aku bersyukur aku sempat kenal Ibn A'rabi dan Ghazali yang terlalu banyak ajar aku apa itu zuhud
Zuhud tu, is kita keluar dari budi pekerti yang tercela, dan masuk ke budi pekerti yang mulia. Tu kata Imam Ghazali. Suatu konsep yang sangat mudah untuk di-teorikan tapi untuk diamalkan sangatlah susah.
Aku bersyukur aku sempat kenal Hassan Al-Banna.
Aku bersyukur aku sempat kenal Abu A'la Al-Maududi.
Aku bersyukur aku sempat kenal Syed Qutb.
Sebab aku pernah tengok orang yang lubang kubur dah jemput
Tapi still pergi club setiap malam
Aku cukup bersyukur aku pilih jalan yang dengan izin Allah-
Jalan yang betul dan di redhai
------
Korang
Dah-dah la tu kejar dunia
Tak rasa penat ke
Kita kejar dunia
Kejar duit
Kejar pangkat
Kejar sesuatu
Yang takda nilai kat akhirat
Tak penat ke?
------
Aku harap korang dapat ambil, kalau tak banyak, sikit pun jadilah apa yang aku bagi ni. Bukanlah aku tulis ni untuk bash orang-orang yang kurang beragama, tapi aku harap kalau korang baca ni, kita sama-sama dapat cari balik agama, bangunkan dan hidup dalam syariat Allah.
-Agar hidup, dalam rahmat tuhan :)
------
The Man of God is drunken without wine
The Man of God is sated without meat
The Man of God is rapturous, amazed
The Man of God has neither food nor sleep
The Man of God is a king beneath a humble cloak
The Man of God is a treasure in a ruin
The Man of God in not of wind and earth
The Man of God is not of fire and water
The Man of God is a sea without a shore
The Man of God rains pearls without a cloud
The Man of God has a hundred moons and skies
The Man of God has hundred sunshines
The Man of God is wise through Truth
The Man of God is not a scholar from a book
The Man of God is beyond faith and disbelief alike
For the Man of God what sin and merit is there?
The Man of God rode away from Non-being
The Man of God has come, sublimely riding
The Man of God Is, Concealed, O Shamsudin!
Search for, and find - The Man of God
-Mathnawi-
Menariknya.serious.😀
ReplyDelete