بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Pada suatu masa dahulu, Perancis telah mencipta suatu hiburan. Namanya tarian . Sultan Khalifah Uthmaniyah, Sultan Suleiman Al-Qanuni mendengar berita tersebut lalu beliau menghantar utusan ke Perancis dengan mengatakan," Kalian telah mencipta satu bala besar kepada umat manusia, ia terlalu bahaya. Aku MENGARAHKAN kamu, supaya kamu menghapuskan perkara ini di negara kamu dan semua negara jajahan kamu "
Ironinya, baginda bukanlah pemerintah Perancis.
Mutakhir ini menyaksikan fitnah dilemparkan kepada Sultan Suleiman Al-Qanuni bertubi-tubi. Tuduhan seperti 'womanizer' yakni kaki perempuan dan 'cold-blooded murderer' ataupun nama lainnya pembunuh yang tidak berhati perut dilemparkan oleh para orientalis.
Ayuh aku ceritakan lagi kisah beliau.
Suatu hati, sekelompok lelaki datang bertemu Suleiman Al-Qanuni dan mengadu suatu perkara.
"Wahai tuan, pokok-pokok di keliling masjid habis dijamah oleh semut tuan. Kami buntu dan tidak tahu apa yang ingin dilakukan. Bolehkan kami membakar sahaja pokok-pokok tersebut?".
Salah seorang menteri beliau berdiri seraya berkata, " Aku pernah mendengar suatu puak namanya Tartar membakar semut".
Suleiman bertanya, " Adakah semut mati ditangan Tartar?".
Mereka menjawab, "Ya".
Maka baginda menulis surat kepada Abu Barakat At-Turki, yang membesarkan dan mengajarkan kepada beliau ilmu agama sedari kecil. Beliau menulis, " Wahai sheikh, nasihati aku, jika semut mengusik pokok dan aku membakar mereka, apakah Allah akan menghukum aku? ".
Maka jawab Abu Barakat, " Aku takut pabila tiba hari perbicaraan nanti dia sana, semut akan mengambil haknya daripadamu tanpa ragu-ragu ".
Maka mendengarkan jawapan tersebut, baginda mengarahkan supaya semut-semut tersebut tidak diganggu. Inilah sifat Sultan Suleiman yang menjatuhkan dirinya namun orientalis memanggilnya zalim. Baginda tidak boleh menyentuh walaupun semuat tanpa mengambil nasihat para tuan gurunya terlebih dahulu.
Maka, bagaimana orang yang sebegini zuhud, digelar sebagai seorang yang 'womanizer' dan 'coldblood killer' ?!
Bahkah mereka yang menuduh beliau, tidak mempunyai asas sama sekali, hanya mengikuti dengan tuli dan taklid semata-mata, bukan melalui kajian yang mendalam.
Apa yang mereka mahu islam jatuh. Itu, merupakan kemenangan yang besar bagi mereka.
Sahabat, berapa ramai antara kita hari ini yang mengambil secara tuli dan buta kisah tokoh kita. Ramai tokoh kita yang difitnah, apa yang lagi menyedihkan ialah kita sendiri yang menyebarkan kisah-kisah palsu tersebut.
Mereka, seperti Muawiyah bin Abi Sufian, Tsa'labah dan sultan terakhir Khalifah Uthmaniyah, Sultan Abdul Hamid II telah difitnah oleh barat, dan yang menyebarkan fitnah itu adalah kita.
Islam dibina atas dasar sejarah dan catatan, bukannya cakap-cakap orang. Kaji dan carilah kebenaran. Kebenaran itu , adalah apa yang nampak di mata, terasa di hati.
Fi Hifzillah

No comments:
Post a Comment