Friday, 22 April 2016

Peduli

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم 

Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselwat ke atas nabi Muhammad, sahabatku, lemparkan jutaan selawat dan salam ke atas baginda agar di akhirat kelak kita dikurniakan syafaatnya.
-----

Persepektif

Aku selalu berjalan. Kadang-kadang aku pergi pekan. Saja, nak tengok gelagat manusia. dan selalu jugak aku bump off dengan kereta-kereta yang kemalangan. Ada yang lori masuk gaung. Motosikal bawah lori. Berdarah-darah pun pernah. Aku sendiri pun pernah terlibat dengan kemalangan. 

Apa yang menarik hati aku bukanlah kereta rosak atau orang cedera, tapi orang-orang yang menolong , dalam kata lain tolong tengok dan tolong perlahankan kenderaan untuk sama-sama menghulur simpati.

konon

Ada satu kisah. Ada seorang lelaki, berjanggut putih dan bermisai. Beliau terbaring di tepian jalan. Gaya macam penagih dadah, dan muka serabut. Ribuan orang yang lalu lalang dalam sehari, takda sorang pun yang hiraukan dia, tanya keadaan dia.

Ada seorang lelaki berhenti, dia tengok lelaki berjanggut putih yang terbaring tadi dan kata dalam hati, "kenapa dia ni baring kat tengah jalan ni. kacau orang je" . then, ada pulak seorang perempuan, berhenti sebab dia tengok lelaki tu berhenti, bertanya, "kenapa dia terbaring macam tu, tak senonoh betul. menyusahkan orang je."

Tak habis kat situ, datang pulak seorang lelaki dan membuat perkara yang sama dengan dua orang tersebut. Mereka hanya tengok dan condemn, tiada langsung rasa nak tolong 'pakcik' tersebut.

Tiba-tiba, ada seorang makcik tua yang datang dan kata. " apa korang buat ni, kau, lelaki yang berkaca mata, pergi panggil ambulans" maka, cepat-cepat lelaki tersebut telefon ambulans dek takut dimarahi oleh makcik tersebut.

"hey perempuan, pergi mintak air dekat kedai sana, bagi pada orang ni, lekas! " berdesup wanita tersebut pergi ke kedai. "dan kau, tolong kipaskan lelaki ni" lalu lelaki tersebut menurut arahan wanita tua tersebut. Tidak lama kemudian, wanita tersebut datang kembali dan memberikan lelaki tersebut air sambil menunggu ambulans tiba.

Ambulans tiba dan pembantu kesihatan pun keluar untuk mengambil lelaki yang terbaring itu ke hospital. Namun beliau terkejut apabila melihatkan bahawa lelaki tersebut adalah orang yang dikenalinya. "Eh encik, ni Chef Ali ni, yang selalu keluar tv tu. wah encik dah selamatkan seorang selebriti" Terkejut dua orang lelaki dan wanita tersebut. Mereka tidak menyangka sama sekali bahawa itu adalah chef terkenal.

Beberapa hari kemudian, chef terseut telah memanggil tiga orang insan mulia yang telah membantunya untuk makan-makan di villa beliau. Beliau mengucapkan terima kasih kepada tiga orang insan tersebut yang telah membantunya. Dia menyatakan bahawa dia dibelasah oleh sekumpulak perosak jalanan yang inginkan wang. Namun tiada siapa yang ingin membantunya. 

Pulang dari villa chef tersebut, tiga insan tersebut bersembang sesama mereka, mengungkapkan betapa mereka bangga kerana telah menyelamatkan sambil argue bahawa diri masing masinglah yang telah bertanggungjawab menyelamatkan chef tersebut.

heh

Hakikatnya siapa?

dia


Sahabat sekalian, hidup ini hakikatnya untuk memanfaatkan orang. Kehidupan yang terbaik kata nabi bukanlah berjaya untuk diri sendiri sahaja, tetapi untuk melihat agar orang yang di sekeliling kita turut berjaya. Aku pernah duduk dalam masyarakat yang tidaklah terlalu pandai, tapi saling tolong menolong ke arah kejayaan. Aku dah duduk dalam masyarakat yang pandai, tapi simpan cerdik tu untuk diri sendiri. Boleh kata rasis boleh  kata apa saja, tapi hakikatnya aku harap yang faham, faham apa yang aku nak sampaikan. 

Jangan nanti kita berjaya , tapi orang sekeliling kita lemah. 
kerana hakikat kehidupan itu bersama, menuju nanti di akhirat pun bersama. Takde kau sorang je jumpa tuhan kat padang mahsyar. 

ok?




No comments:

Post a Comment