Ramai yang tidak perasan concequences tindakan mereka, atau dalam kata lain tidak berfikiran jauh,bijak dan mengikut situasi. Kita perlu faham setiap tindak-tanduk, perkataan dan pendapat semua akan meninggalkan kesan yang bukan sahaja sedikit, malah kadang-kadang merugikan bukan sahaja diri, malah kadang agama juga rugi kerana kegopohan individu yang cuba tunjuk 'hero', mahu menjadi pahlawan di mata masyarakat tanpa sedar telah mengorbankan perjuangan agama.
Kes tentang ahmadiyah baru-baru ini membuktikan bahawa bukan hanya agama menjadi consideration apabila membuat sesuatu keputusan atau fatwa. Malahan banyak lagi faktor-faktor lain yang perlu diambil kira apatah lagi undang-undang tertinggi di negara ini bukanlah undang-undang syariah tetapi perlembagaan persekutuan.
Jujur daripada dulu rasa kurang senang apabila sewenang-wenangnya ada sebahagian asatizah yang mudah mengatakan fahaman ini bukan islam atau fahaman ini terkeluar daripada islam dan dianggap sebagai agama lain. Benar kita faham mereka cuba menyelamatkan umat daripada terjerumus kepada ajaran/fahaman yang sesat dan bukan berada pada siratul mustaqim.
Justeru kes golongan ahmadiyah dan jais baru-baru ini mengesahkan keresahan yang selama ini saya pendam. Apabila golongan ahmadiyah mengemukakan rayuan tentang penangkapan yang dibuat keatas mereka, maka mahkamah akan mengadili mengikut dan berpegang kepada undang-undang tertinggi negara sebagai asas bagi menjatuhkan hukum.
Apa yang berlaku adalah sebelum ini JAIS telahpun mengeluarkan fatwa yang digazetkan bahawa kelompok ahmadiyah ini bukan sebahagian daripada islam. Dalam kata lain, mereka ini sebaris atau sama level dengan kristian dan hindu. Namun dengan jelas artikel 3 daripada perlembagaan persekutuan menyatakan bahwa agama persekutuan adalah agama islam namun agama lain bebas diamalkan.
Apabila ahamdiyah dianggap sebagai agama lain oleh autoriti agama, maka mahkamah memutuskan bahawa JAIS tidak boleh membawa kes dibawah mahkamah syariah atau hukum syariah terhadap ahmadiyah kerana mereka dianggap sebagai bukan islam. JAIS kalah dalam kes tersebut dan golongan ahmadiyah bebas meneruskan aktiviti.
Ahmadiyah atau qaidani mungkin bukanlah popular dalam kalangan masyarakat kita, namun para asatizah kita kini melaungkan bahwa syiah adalah bukan islam. Saya takut jika selepas ini pejabat agama ingin membanteras syiah, mereka tidak boleh melakukan sedemikian kerana telah ada precedent iaitu kes ahmadiyah v JAIS ini.
Justeru adalah lebih selamat untuk tidak mengeluarkan fatwa yang menyatakan golongan tertentu terkeluar daripada islam walaupun hakikatnya begitu. Cukuplah sekadar mengisytiharkan mereka sesat atau menyimpang daripada ajaran Islam agar tindakan sewajarnya boleh diambil. Janganlah cepat melatah dan terburu-buru. Rujuklah orang yang pakar dalam perundangan supaya lebih jelas apa yang perlu dilakukan dan apa yang perlu dielakkan.
Sirru 'Ala Barakatillah.

No comments:
Post a Comment