Wednesday 14 November 2018

Jujur.

بسم الله الرحمن الرحيم 

"Istighfar kita hari ini, berhajatkan satu istighfar yang lain. Kita beristighfar meminta ampun kepada Allah, 
tetapi kita tidak memaksudkannya. Kita tidak menyesali dosa yang kita lakukan. Kita minta ampun yang kita tidak minta. Maka beristighfarlah atas istighfar yang cacat itu"

- Tok Guru Nik Abdul Aziz

-

Aku melihat ramai dalam kalangan kita yang tidak memaksudkan apa yang mereka ungkapkan. Mereka mengucapkan maaf, namun masih berpaling muka. Mereka mengucapkan tahniah, namun masih dengki dan cemburu. Hanya kata-kata kosong, tiada makna. 

Bagi aku, kadangkala 'being mean' itu perlu. aku perlu jujur, kalau tak dalam hati sekalipun, aku perlu jujur terhadap orang lain. Jika marah, aku perlu beri tahu yang aku marah, bukannya sembunyi dalam kemaafan namun hakikat di hati mendoakan kejahatan. Ini, adalah lebih baik daripada aku menyembunyikan hakikat sebenar rasa di hati.

Ada pula jenis manusia yang suka menyembunyikan hakikat sebenar diri mereka. Apabila ditanya, adakah sedang sedih, mereka berdalih, okay katanya. Hakikatnya, di hati mereka sedang sedih. Apabila ibu bapa tanya, duit ada lagi atau tidak, dijawab ada sedangkan tidak ada. Lebih jengkel, menceritakan kisah tersebut di twitter, dengan niat tertentu.

Apalah salah jika mengaku, 
"Ya, saya sedang bersedih. "
"Ya ayah, duit dah habis "

Mengapa perlu sembunyi akan hakikat sebenar diri kita. Orang bertanya kerana concern. Orang bertanya, mana lah tahu boleh membantu kita. Kita perlu jujur terhadap diri kita. Setiap kata-kata kita itu, perlu kita maksudkan, bukan berselindung.

قل ألحق ولو كان مراً

Walaupun kita tahu pedih untuk kita dan orang lain, namun katakanlah yang benar walaupun pahit.

Seperti juga amal ibadat kita, kita perlu sedar dan faham setiap apa yang kita ucapkan. Apabila kita sedar dan faham, barulah kita boleh memaksudkan segala apa yang kita ucapkan, dan barulah tuhan makbulkan apa yang kita minta dengan mudah.

Oleh itu, berisitighfarlah, kerana istighfar kita hari ini, berhajatkan istighfar yang lain. Maksudkan istighfar kita, pohon sungguh-sungguh keampunan tuhan. Moga Allah ampuni kita.

-Agar hidup, dalam rahmat tuhan :)





No comments:

Post a Comment